Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Wednesday, August 27, 2014

Cara Mendidik Anak Hiperaktif

Anak hiperaktif sangat aktif daripada segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat, tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka.

Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat tindakan yang dilakukannya sama ada membahayakan dirinya atau orang lain. 

Berikut adalah panduan yang boleh digunakan bagi menangani dan mendidik anak hiperaktif ini.

1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tidak terarah kepada perkara negatif.

2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka membahayakan diri sendiri. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkah laku mereka kadangkala memalukan serta mencetuskan perasaan marah.

4. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional.

5. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan. Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit, "jangan lari", cuba tukarkan kepada perkataan "Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh". Apa yang penting, jangan jemu memberi teguran.

6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti "Kenapa la kamu ni nakal sangat", "Bodoh" atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa adalah doa kepada mereka.

7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contohnya, pelihara ikan dan menanam bunga.

8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam televisyen, ajak mereka menghafal ayat pendek di dalam al-Quran. Hafaz ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafazan).

9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ia lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. Jangan berputus asa.

10. Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak anda membimbangkan.

Thursday, August 14, 2014

Redha Ibubapa..

Dah lama x mengupdate blog ni...rasa x cukup masa utk brmanja jari mngetuk blog ni..UPSR anak sulung pun x smpai sebulan lg. Kena peruntukan masa yang banyak utk latihan tubi anak sulung. Keputusan UPSR tu nanti samada cemerlang atau sebaliknya terpulang pd rezeki yg Allah nk bagi. Sebagai ibu aku redha dgn ketentuanNya..apa yang penting usaha n doa yang x pernah putus untuk anak2..didik anak2 ni bkn niat utk kelangsungan ego ibubapa tapi biarlah ikhlas dr hati segala didikan dan pengorbanan adalah untuk kebahagiaan dan masa depan anak2 yg lebih terjamin..secara x langsung melahirkan rasa redha dgn setiap kelebihan dan kekurangan anak2. Jika kita meletakkan kejayaan anak2 adalah utk menepati perasaan ego dalam diri kita sebagai ibubapa, bayangkan jika ditakdirkan kejayaan anak2 tidak seperti apa yang diharapkan. Pasti akan timbul rasa kekesalan, kekecewaan bahkan salah menyalahi kenapa anak aku x macam anak orang lain..anak si Limah, anak si Kiah dapat keputusan exam cantik..keluar universiti dapat keja dan gaji besar...So bila jadi macam ni secara x langsung ibubapa jadi x redha dengan anak2 yang kurang berjaya. Kena ingat redha Allah letaknya atau bergantung pada redha ibubapa pada anak2..Allahu'alam. Jadi kalau ibubapa berkeluh kesah dengan anak2, x redha dengan kekurangan atau kegagalan anak2, bagaimana anak2 ingin berjaya dan bahagia dengan kehidupan. Berusaha walau sampai tunggang terbalik pun tapi x ada redha ibubapa, amat payah sekali untuk berjaya dalam hidup. Percaya atau tidak..kita boleh lihat dan ambil iktibar apa yang ada di sekeliling kita.

Terpanggil dengan luahan hati sahabat baikku tentang kehidupannya..rasa kesian terbit dalam diri. Nak kata bukan anak yang baik, rasa2nya dialah anak yang paling baik yang pernah aku lihat dengan mata kasarku sendiri. Dari zaman sekolah sampailah dah kahwin dan ada anak2 kami masih akrab macam dulu. Cuma aku kurang mengambil tahu tentang kehidupannya yang sebenar sebab aku sendiri x pernah suka mengambil tahu apatahlagi menjaga tepi kain orang. Sampailah sahabat ini meluahkan sendiri isi hatinya yang berbuku lamanya...mendengar curahan hatinya membuatkan aku menarik nafas panjang dan sebak.

Siapa sangka sahabat yang baik, cantik lagi cerdik ni menyimpan seribu macam cerita duka dalam diri..teringat masa zaman sekolah dulu, dia pernah kena denda berkali2 sebab kerja sekolah x siap. Bila cikgu tanya, ringkas dia menjawab "x sempat buat, keja kat rumah banyak kena buat"..cikgu x terima alasan tu. Nampak macam remeh. Mungkin pd fikiran cikgu tugas2 rumah ni adalah tanggungjawab ibubapa mnguruskannya..maksud aku kerja2 rumahtangga mcm cuci pinggan, cuci kain dsbg. Anak2 kalau ringan membantu memang dah cukup baik tapi yang ni aku x tahu nak kata apa ya..kata sahabat ni, sebelum ke sekolah, dia dan kakaknya kena siapkan kerja rumah. Jika x buat siap kena lenting mak dorang. Macam kisah mak tiri pula. Walhal mak kandung. aku memang kesian kat sahabat ni.

Tu citer dia time zaman sekolah..lain hal lagi bila dah dewasa, adik beradaik dah kerja dan dah kahwin, ada anak2..aku terkesima dan berfikir sejenak...hal sekolah dulu rupa2nya x habis lagi...walau dah dewasa macam ni tapi makbapa sahabat ni x pernah berubah..antara percaya atau tidak susah nak cakap..halnya mak dia selalu citer kat orang, sahabat aku ni dan adik beradik lain malas buat kerja, kalau balik kampung biar makbapa terkontang kanting buat keja sorang2..dah tu x pernah bg duit belanja utk makbapa. Kononnya pula sahabat dan adik beradaik yang lain hanya hidup menyusahkan. Sejujurnya aku sendiri pernah dengar desas desus cerita buruk tentang sahabat dan adik beradik ni tapi aku buat macam angin lalu je sebab aku kenal baik sahabat ni. Apatahlagi adik-beradik dia. Memang semuanya baik2 dan sopan santun. Cuma bab makbapa dia memang aku susah nak nafi sebab aku sendiri pernah nampak mak dia sumpah seranah hal yang kecil. Tengok rumah pun memang bersepai..tapi pernah sekali aku datang rumah makbapa sahabat ni kebetulan sahabat ni x ada, dah lama x balik kampung, adik beradik yang lain pun x balik...nampak memang rumah bersepai. Xkan mak dia x kemas. Detik hati kecil. Aku pernah juga melawat sahabat ni di rumah miliknya sendiri..cantik, kemas dan terurus.. nak kata sahabat ni malas, aku nafikan sekeras2nya sebab sahabat ni memang rajin. Buat kerja pun teratur dan komited. 

Alang2 dah sahabat ni curhat, aku pun tanya tentang kehidupannya sekarang..terus terang aku melihat kehidupannya susah walaupun anak2nya cukup pakai dan makan. Tapi katanya susah..semua kerja yang dibuat x pernah sukses. Dapat tawaran macam2 tapi banyak halangan, x pernah berjalan mulus. Duit income dengan suami x pernah cukup. Nak bagi makbapak kat kampung pun selalu bocor. Aku pun tanya sekali kalau dia ada solat, dapat income dari mana..Katanya solat memang jaga, tahajud dan dhuha pun buat. Income pula dapat dengan berniaga dan ambil kontrak projek kecil2an berkongsi dengan suami.

Sahabat ni rupa2nya sejak umur 11 tahun dah solat. Bukan makbapak yg galakkan solat tapi atas kesedaran sendiri masa dan belajar sendiri, ambil ilmu dan manfaatkan sikit2 masa belajar sekolah agama rendah. Makbapa x pernah ajar solat katanya. Apatah lagi nak ajak anak2 solat. x pernah merasa solat berjemaah dengan keluarga. Mak pun x solat, cuma abahnya. Hidup membesar dengan adik beradik yang lain, yang didengar hanyalah galakan ayahnya suruh belajar rajin2 supaya dapat kerja yang bagus, bila dah kerja jangan lupa bagi duit kat makbapak. Sudah tentu sebagai anak kita jangan berkira dengan makbapa kita tentang duit. Yang maknya pula x habis2 dengan perintah kerja2 rumah untuk anak2. Pendek kata belajar tinggi2 nanti ke dapur juga akhirnya. Cuma yang sahabat kesalkan di sini, makbapanya x pernah rendah hati, redha dan bersyukur atas kekurangan dan kelebihan yang mereka miliki. Setiap kekurangan dan kegagalan dihadiahi dengan leteran dan keluhan, bahkan dihebahkan kepada tetangga yang lain.

Ditanya tentang duit utk makbapa yang selalu bocor, kata sahabat bila dah bocor tu memang sbb sempit sangat sampai x boleh nak bagi. Kadang nak beli belanja makan pun terpaksa pinjam duit kawan2. Rupa2nya makbapa bila dah dibagi duit x bersyukur..kalau boleh duit yang dibagi biar setanding dengan duit yang anak2 jiran bagi kat makbapa dorang. Kalau bagi sedikit dan setakat yang mampu nak bagi walau rm50 sekalipun mak dia kata x cukup. Katanya kekadang biar x ada duit utk belanja diri sendiri..pantang dengar makbapa ada masalah kewangan sahabat ni pasti akan bg apa yang ada di tangannya walau terpaksa mngorek tabungan anak. Yang penting makbapa x susah. Cuma sedihnya makbapa x pernah mahu bersyukur dengan anak2..pengaruh masyarakat sekeliling dengan kehidupan materialistik yang sangat tinggi benar2 mnguji.

Aku malas nak sok sek banyak..nanti jatuh mengaibkan orang lain lah pula..nauzubillah...Apa yang dapat aku simpulkan di sini walaupun aku bukannya ustazah, pakar motivasi atau apa sekalipun gelaran pofesional bab kehidupan ni, tapi yang mampu aku nak katakan di sini adalah tentang REDHA..

Baik manapun kita, rajin banyak manapun kita menjaga ibadah kita tapi bila tidak pernah mendapat redha ibubapa amat sukar utk meraih bahagia dan kejayaan dalam hidup. 

Ibubapa termasuk diriku sendiri..sekadar renungan dan muhasabah diri..suburuk mana pun anak, sekurang dan semiskin mana pun anak, redhailah anak2, berilah kasih sayang..didiklah dengan kelembutan dan berhemah. Allah bagi anak2 kat kita bukan utk kita jadikan jentera atau kuli2 kerja rumahtangga..mendidik anak2 melakukan kerja2 rumah memang baik sekaligus mendidik anak2 menjadi manusia yang berdikari ketika dewasanya kelak tetapi biarlah dengan cara yang betul. Tugas2 surirumah adalah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya..tugas kita sebagai ibubapa adalah mendidik anak2 dengan cara yang tepat dan berhemah..bantu anak2 membentuk kendiri dan peribadi sejak kecil dengan  nilai-nilai murni dan positif. Kekurangan anak2 harus diterima dengan lapang dada dan redha. Doa ibu sangat mustajab. So jadikan doa sebagai senjata untuk menaikkan martabat anak menjadi insan cemerlang dan berkualiti. Serahkan kepada Allah atas urusan anak2..Andai anak2 x mampu untuk memberikan kesenangan harta, relakan..Allah kan ada sebagai pemberi rezeki..Allah lagi Maha Pemurah...perlu diingat kita sebagai ibubapa didik anak2 bukan kerana anak2 dijadikan pelaburan untuk dunia dan mengharapkan pulangan yang lumayan..sebaik2 pelaburan utk anak2 adalah didikan agama untuk akhirat. Jika cantik agama untuk anak2 maka cantiklah kehidupannya. Dan ibubapa perlu berkeperibadian yang cantik..bukan cantik kerana paras rupa tapi cantiknya iman yang ada dalam diri..In sha Allah..sama2 kita membina diri menjadi lebih baik.

Buat sahabatku teruskan berdoa..jangan putus asa dengan kehidupan. Doakan moga dilembutkan hati ibubapa. Suatu masa nanti pasti kau temui kebahagiaan. Jika pun x dapat menghadiahkan kejayaan di dunia, cukuplah kejayaan sebagai anak yang soleh utk ibubapa di akhirat. Sebaik2 hadiah utk ibubapa adalah doa anak2 yang soleh dan sebaik2 doa ibubapa adalah doa untuk anak2 menjadi soleh ..In Sha Allah..

Aku hanya hambaMu yang  biasa..Penulisanku bukanlah sempurna. Salah dan silap mohon dimaafkan...Allahu'alam...