Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Monday, January 25, 2016

Di Sini Menjejak Mimpi - Melbourne Australia

21 January 2016 

Dulu aku hanya memasang impian untuk sampai ke bumi kangaroo, tak pernah terfikir untuk sampai ke sini apatah lagi ketika negara sedang berdepan dengan kemelut ekonomi pada masa ini. Namun takdir Allah menghantar aku ke sini, alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.

Oleh kerana jadual penerbangan ku pada pukul 7.o5 pagi dari KKIA selama 2 setengah jam penerbangan dan akan transit ke KLIA2 jam 9.35 pagi, selama 3 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Airport Melbourne dijadualkan pada jam 1.20 ptg. Seawal jam 2.30 pagi lagi aku dah bergegas untuk bangun. Jarak sejauh 45 minit perjalanan ke KKIA dari rumah keluargaku mengharuskan aku untuk bertolak lebih awal supaya tidaklah nanti kelam kabut jadinya. Paling penting aku harus dapat mendirikan solat tahajud sebelum tu. Aku harus sentiasa dekat pada Allah, Pencipta Yang Agung, Yang Maha Pengasih lagi Penyayang...jauh di sudut hati perasaan bimbang tetap ada, bimbang kerana harus meninggalkan anak2 yang masih kecil, bimbang kerana harus meredah 8 jam penerbangan di udara. Apatah lagi ini merupakan pengalaman pertamaku. Namun kerana tidak mahu menghampakan permintaan suami yang mahu aku datang menemuinya di sana, apatah lagi kerinduan yang sentiasa bertandang di sanubari, aku kuatkan semangat, hanya Allah yang dapat menyampaikan aku bertemu suamiku. Takdir Allah menjauhkan aku dengan suami kerana rezeki suami di sini, dan hanya Dia yang dapat menyatukan kami kembali. Cuma ketika ini, aku harus pergi bersendirian tanpa anak2 kerana keadaan yang tidak mengizinkan. InshaaAllah...suatu masa nanti dengan izin Allah anak2 juga akan dibawa bersama.

Tepat jam 4.00 pagi aku bertolak ditemani bapa, adik dan anak perempuanku Nadia, Ameera pula masih diulit mimpi. Tidak mahu mengganggu tidur lena anak manjaku tu, aku hanya dapat menitipkan ciuman dipipinya...perasaan rindu tiba2 menyelinap. Allah ada untuk menjaga kamu sayang...bisik hati kecilku

Meredah angin subuh sepanjang perjalanan ke lapangan terbang KKIA, dingin dan nyaman menyapu pipi...sayu di hati teringatkan Ameera yang terpaksa ditinggalkan.

Tepat jam 5.oo pagi, tiba di KKIA, familyku tidak dapat menunggu lama di lapangan terbang dan harus bergegas pulang kerana komitmen tugas yang lain. Sejurus salam bertaut, aku bergegas ke mesin scan Air Asia untuk mengimbas kod bar melalui handphone bagi mendapatkan boarding pas. Awal2 lagi aku dah check in on9. Mudah sekarang ni kan. Tak perlu beratur panjang di kaunter.

Selesai urusan di mesin scan, terus pegi surau yang ada di situ untuk menunaikan solat subuh. 

Pukul 6.20 pagi, its boarding time. Lepas cari gate, then masuk gate...boring seketika. Fikiran menerawang ke luar dinding kaca sambil mata tertancap pada pesawat Air Asia yang bakal membawa aku bersama penumpang lain meredah langit biru dengan cuaca yang sangat cerah ketika itu. Untuk menghilangkan perasaan bosan seketika, aku bersembang dengan sahabat baikku melalui whatsapp...sesekali tersengih sendiri dek gurauan ketika bersembang hahaha....x la rasa boring sangat.

Pukul 7.20 pagi...its time to flight..lari  sedikit masa dari jadual. its ok..




2 setengah jam meredah awan dan langit biru...sungguh indah ciptaan Allah...subhanallah....Tepat jam 9.30 pagi tiba ke KLIA2. Malangnya aku x sempat nak snap picture KLIA2. Masa tu aku sedikit ralat dengan keluasan KLIA2 yang boleh tahan juga keluasannya. Seperti berada dalam shopping mall. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke KLIA2...sebelum ni aku hanya di KLIA1. Memang boleh sesat dibuatnya. Ibarat rusa masuk kampung ku rasa ketika itu haha...

Transit 3 jam, sesampai saja di KLIA2 aku segera ke balai pelepasan di tingkat 3. Suami awal lagi dah pesan suh cek imigresen siap2 lebih awal supaya tak la nanti kelam kabut, apatah lagi pertama kali menjejakkan kaki ke KLIA2. Akur dengan pesanan suami, aku segera ke kaunter imigresen...alhamdulillah, pemeriksaan imigresen lepas, next ke kaunter kastam, alhamdulillah lepas juga. Tiba2 aku terpacak depan pintu besar masuk ke bahagian menuju gate, baru perasan pas boarding aku xda menyatakan gate mana aku kena pergi...so brother driver guide ke pintu gate menyapa dengan senyuman...nak flight ke mana dik...selamba je aku jawab..melbourne...brother tu minta pas boarding yang ada di tanganku...owh nak gi melbourne kena pegi gate P8...meh saya hantarkan...nek kereta angkut penumpang ke gate...ohh bestnya, mcm puteri sedang diarak gayanya hahaha...rupa2nya nak pegi gate tu jauh juga...lebih kurang dalam 100 meter lebih x silap...huh nasib baik x jalan kaki, boleh sengal kakiku dibuatnya. Kena lagi dengan suhu sejuk dalam kapal nanti...owh nooo...

Brother tu hantar sampai depan escalator dekat skrin besar petunjuk gate...ok tq bro...bingung seketika...aik mana pula gate P8...rupa2nya kena turun pegi bawah ikut escalator tu...haiyooo napalah perlu melalui jalan yang berliku...sama macam ibarat duduk kat malaysia ni, banyak sangat cabarannya...apalah salahnya buat sistem yang lebih pantas, x payah sangat nak buat jalan berliku2 ni...memeningkan. Kalau kena dengan yang really2 rusa masuk kampung, bole tertinggal flight dibuatnya. Tak mahu banyak sangat fikiran, aku pun jenjalan sekejap, tinjau2 tingkat bawah menuju ke gate tu...huh betul2 macam shooping mall...tapi alamak xda pula snap pic masa tu...apasal la aku masa tu semacam neves sangat...mungkinkah kerana terpaksa travel sorang diri...hmmm...Allah saja yang tahu msa tu.


Sehabis putar, lagi 2 jam nak boarding..ohh bosannya...gayut kat handphone kejap dengan sahabat baikku...sorry ya kawan mengganggu kerjamu...tapi masa tu aku benar2 bosan, xda kawan nak ajak sembang...husband pula x dapat nak call. 

Teringat pula dalam tiket flight ke melbourne dr kl xda buat tempahan makanan...maknanya aku kena makan dulu sebelum flight jika x mau beli makanan yang ada disedikan dalam flight. Tapi masa tu pula selera makanku hilang. Langsung tak rasa lapar. Rasa kenyang masih setia dalam perut comelku haha...dah makan nasi goreng satay ayam masa dalam flight dr kk ke kl. Tapi aku pegi juga cafe yang ada di situ untuk makan...just makan muffin n minum teh tarik...total harga rm14.00...tercekik darahku haha...sambil2 tu jeling2 jam di tangan...ohh lama lagi...call my kakak sulung...!@#$%^&&*((())...last ayat sembang my sis...please anie...ko kena tolong jagakan anak aku nanti, xda orang lain yang boleh harap, aku flight 6 feb pegi lombok....hohoho...aku ditempah jadi babysitter untuk anak kakak aku...mentang2 la aku ex student Pendidikan Pra Sekolah...huhu...aku x berani janji my sis...tapi apasal pegi lombok erk...kok nanti x balik, kena ikat dengan pria lombok haha...haru kita dibuatnya. Tapi my sis pegi sana atas urusan bisnes ya...

Ok x mahu mencarut banyak, masuk gate P8..its boarding time...sambil2 tu mata melilau2 kalau2 ada malaysian yang akan terbang sama...oh kat sana ada sorang makcik...travel sorang2 juga macam aku..tapi makcik ni so simple...xda gaya pegi melancong...pakai sandle n baju sempoi ja...dalam hati, kalau ku tahu begini simplenya makcik ni nak flight, aku pun nak pakai je sandle..maklum saja aku orang kampung x pandai bergaya haha...dengan ramahnya aku pun bagi salam, jabat tangan dengan makcik tu dan introduce diri...huh hilang nevesku...sbb dah ada kawan2 sama2 flight. Makcik tu kata nak pegi melborne jumpa kawan...owh kita sama tujuan tapi aku gi sana jumpa suami...lepas tu kami senyap...hilang idea mo sembang lepas sempat kutuk2 najib haha...berdosaku pada najib sebab dah bagi pahala free kat dia uhuk!

Pukul 1.20ptg,  masa untuk terbang...aku dan makcik tu terpisah tempat duduk...aku di seat 45G, di ekor pesawat. Hampir separuh penumpang yang ada dalam flight tu chinese. Tapi yang buat aku respek kat chinese ni, dorang xda la speking london punya...tetap berbahasa cina. Melainkan jika berkomunikasi dengan anak2 kapal.

8 jam meredah awan n langit...ada ketika dalam perjalanan tu terpaksa mengharung cuaca buruk...masa tu aku hanya mampu pejam mata dan berdoa pada Allah mohon selamat dalam perjalanan...perjalanan yang sesekali mengundang rasa cemas dihati.

Sebelum terlupa, aku nak cerita sedikit pasal Incoming Passenger Card yang wajib diisi apabila datang ke negara Australia.


Image result for incoming passenger card


Kad tu awal2 lagi anak kapal bagi masa dalam flight. Kad tu mesti diisi dengan berhemah...silap sikit bersedialah untuk ditanya oleh pihak immigresen Australia masa dikaunter sana nanti. Selalu yang kena tanya ni apabila tidak meletakkan alamat penginapan yang lengkap, pekerjaan atau apa2 sahaja yang menimbulkan kecurigaan bagi mereka. Katakan just taruh 'melbourne'...huhu siap la kena tanya itu n ini...kalau nasib x baik, kadang sampai kena tahan imigresen australia berjam2 lamanya. Kalau bernasib baik, dapat lah masuk Australia. Kalau x juga, alamatnya banned 3 tahun tak boleh masuk Australia. Begitu cerewetnya negara Australia ni untuk dilawati. So, bubuh la alamat menginap tu dengan lengkap. Kalau boleh siap bawa bukti tempahan penginapan. Paling penting lagi, isi ruangan  pekerjaan tu betul-betul. Jangan dibiarkan kosong. 

Dek kerana itu fikiranku terganggu sedikit ketika dalam pesawat. Sampai tak boleh lelapkan mata. Perjalanan 8 jam kurasakan semakin panjang. Mana tidaknya, aku tak pandai nak berbohong bagai. Bila search google pasal pengalaman orang lain pergi bercuti ke Australia dengan ada sampai kena tahan, kena check handphone, kena check dompet  segala, fikiranku bagai disentap2...berjayakah aku melepasi imigresen Australia nanti. Namun aku berserah pada Allah, yang menciptakan langit dan bumi dan seisi dunia. Tiada siapa pun yang dapat menghalangi kekuasaanNya...jika takdir Allah memisahkan ku dengan suami dengan jarak yang jauh, hanya Dia yang berkuasa menemukan kami. Masa tu cukup Allah bagiku.

Dijadikan ceritakan, masa nak isi kad tu, aku dengan jujurnya tick tanda pada Visiting friend/relative untuk bahagian alasan utama datang ke Australia...sebab alasan utamaku memang nak lawat suami. Masa tu aku perlu jujur sejujurnya walaupun sebelum tu ada kawan2 yang syorkan tick Holiday untuk memudahkan lepas dari tapisan imigren. Tapi aku tak pandai berbohong, bagiku Allah sentiasa di sisi orang yang benar. Aku just tawakal pada Allah.

Lagi satu aku nak nasihatkan pada yang merancang atau pertama kali nak flight ke negara Australia, please declare dengan jujur 11 perkara dalam bahagian 'barang2 yang dibawa' di bahagian depan kad tu. Tick mana yang berkenaan, kalau rasa was2 atau x pasti, just tick saja YES...its ok. Pegawai kastam akan buat pemeriksaan. Lebih baik jujur daripada berbohong. Katakan jika x declare barang2 yang ada dibawa, tapi pihak kastam menemui barang2 yang terlarang yang ada dalam beg...huhu ready to bayar denda...free2 korang kena bayar atau penjara (x ingat  berapa denda dan berapa lama duk penjara. Korang gugel la sendiri hihi). Jadi untuk keselamatan, lebih baik jujur...bukan susah pun kan...

Ok tepat jam 12 malam waktu Australia (jam 9 mlm waktu malaysia)...aku pun selamat tiba di Airport Melbourne....suami dah lama menunggu ketibaanku. Alhamdulillah, aku berjaya melepasi immigresen dan kastam tanpa halangan. Syukur ya Allah kerana permudahkan perjalananku. Terima kasih juga pada sahabat dan keluarga yang mendoakan kelancaran perjalanan ku...syukur sangat...

Oleh kerana aku jujur sangat2 sampaikan declare mcm2 kat incoming passenger card tu, aku di bagi laluan keluar melalui pintu 2. Terkejut suami aku keluar dari pintu 2, sedangkan penumpang lain keluar ikut pintu 1...apa pun yang penting aku dah selamat sampai, bertemu suami tercinta...

ALHAMDULILLAH...nanti sambung lagi ya...