Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Saturday, January 21, 2017

Jangan Menghukum Si Pendosa

Manusia itu tiada yang sempurna. X pernah lepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Termasuk dirimu. Sekalipun kau merasakan tindakanmu betul jangan kau hukum dia. Lihat kebaikan yang pernah dilakukan untukmu. Bantu dia untuk bangkit, bukan menjatuhkan. Sekalipun kau rasa kau berhak...manusia pendosa itu perlukan dorongan untuk bangkit. Boleh jadi hari ini dia seorang pendosa, esok dia akan menjadi seorang yang lebih baik sifatnya, bahkan boleh jadi dia adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Allahuwa'alam...hidayah Allah itu datang kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.




Ujian Tanda Allah Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. 

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan meneruskan kehidupan dengan suasana baru di tempat baru. Hari2 sebelumnya Allah hadiahkan sebuah ujian...mashaaAllah...hampir ku rebah. Beberapa hari futur, rasa semangat hilang. Rasa takdir x pernah adil untukku. Semakin ku cuba perbaiki diri, semakin ujian bertubi-tubi menerpa. Kenapa??? bisik hati...Rupa2nya kerana Allah sayang. Ya Allah sayang...walaupun aku sering lalai dan berbuat dosa samada disedari atau tidak dalam pada rasa diri bajet alim haha..alim ke? tak...aku hambaNya yang naif. Yang sedang mencari redhaNya. Bukan bajet alim yang kau pandang luaran sampai kau kata aku hipokrit. Tak...Aku sedang belajar memperbaiki diri. 

Dalam ketika diri rasa futur@down, dikritik dgn pelbagai tohmahan dan kejian bahkan dilemparkan dengan gelaran yang bukanlah sifatku sebenar kerana aku lebih mengenali diriku. Dan Allah lebih mengetahui kebenaran diriku. Apa yang boleh ku lakukan ketika itu?? diam?? redha?? bohong!!! manusia itu hatinya berbolak-balik...mulut kau kata redha tapi di hati belum tentu..apa yg kau buat? serang balik? ya. Serang balik. Kemarahan menguasai akal dan tindakan ketika itu. Bodoh kan? mulut dan tindakan tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan hanya menjadikan masalah semakin besar dan berpanjangn. 

Tapi dalam kemarahan itu, Allah masih hadir dalam hati. Alhamdulillah Dia hadir menjernihkan hati, akal dan fikiran. Manusia itu sifatnya pendosa. Tak kan pernah terlepas dengan dosa walau sekecil dosa pun. Hari ini Allah uji kau dengan kehilangan wang beribu, kau melenting...kau tuduh orang bukan2...mashaaAllah...rupa2nya kau lebih cintakan dunia. Selama hidupmu berapa banyak masamu terluang untuk Allah dan berapa banyak masamu habis mencari wang?? betapa Allah rindukanmu. Kau pinggirkan dia biarpun kau kata solat 5 waktu x pernah bocor. Tapi pernahkah kau bersyukur??
Ketika kau sedang merasai nikmat dunia,,,rumah yang selesa, kenderaan yang selesa, simpanan yang banyak yang ko merasakan sudah selesa untuk menjamin masa depanmu dan keluargamu. Tapi kau lupa sang pemberi nikmat...kau sandarkan harta dunia sebagai jaminan masa depanmu. Padahal Allah itu sebaik-baik pengatur urusan dan sebaik-baik tempat berserah urusan. Tanpa disedari kau bergantung dengan zat yang lain bukan pada Allah. Astaqfirullah...Tapi Allah tak lupakan kau dan aku. Dia sayangkan kau dan aku dengan menghadirkan ujian. Ditariknya nikmat sebentar. Kau rasa jatuh bukan. Begitu juga aku. Masa tu baru kau ingat Allah. Baru kau rindukan nikmatnya bahagia yang sebelum tidak kau syukuri. Sentap bukan.  Kalau tidak kerana ujian2, kau dan aku tak akan menadah tangan meminta dengannya. Betapa Allah rindukan hambaNya...

Masih ingat lagikah macammna mak bapa pukul kita masa zaman kanak2 tiap kali ada kesalahan dilakukan. Sakit x kena pukul? sakit kan...itu baru pukulan dunia belum lagi seksaan di akhirat. Kenapa di pukul? sebab buat salah dan x dengar cakap dan sebab ingkar dengan larangan. Jahat x makbapa yang pukul kita? tak...mereka pukul kerana mereka sayang dan x mau kita mengulangi kesalahan yang sama...tapi kalau mak bapa pukul tanpa sebab dan kerana melepaskan kemarahan atas sebab gangguan emosi terhadap orang lain...its not an humanbeing. Kau nk balas dendam??? atau redha???...aku memilih redha. Baiknya hati kannn...hik hik..walaupun kau rasa seperti teraniaya kalau kau di sisi yang betul. Kau rasa seperti kau x pernah menganiaya orang lain jadi kau x patut dianiaya. Tapi kau pernah??? dengan siapa???dengan dirimu sendiri. Bagaimana??? tepuk dada tanya hati. Sebab manusia itu sifatnya x pernah sempurna. Allah yang maha sempurna lagi maha bijaksana dan maha mengetahui.

Jika akhirat itu sentiasa diletakkan di dalam hati sebagai halatuju kehidupan sebenar, sepahit apapun ujian yang datang, bahkan sehingga mengorbankan sesuatu yang disayang...kau akan rasa REDHA ...dan sentiasa belajar untuk redha. Sampai waktu apabila Allah menjemput kita kembali padaNya, bukan harta dunia yang dibawa bersama tapi hanyalah amalan. Moga tidak tergolong sebagai insan yang lalai hatinya... 

Jauhi sifat dendam, jauhi kebencian dan jauhi permusuhan kerana iblis x kan pernah berhenti memecah belahkan anak2 adam. Tarbiah untuk diriku sendiri.

Kupanjatkan syukur atas ujian2Nya...Alhamdulillah, Dia mengasihiku dan mengasihimu..
Ampuni aku atas segala dosa2ku Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun atas dosa2 hamba2Mu 
Aamiin Ya Rabbal alamiin..

Di sini aku nk belanja kau video ni..best. Rugi x tengok tau..