Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Saturday, February 11, 2017

Allah Menggantikan Sesuatu Yang Hilang Kepada Sesuatu Yang Lebih Baik

Alhamdulillah masih diberikan nafas meneruskan kehidupan. Sedar x sedar sudahpun sebulan lebih berada di bumi kangaroo. Puteri-puteriku pula sudah seminggu memulakan persekolahan. Syukur Allah permudahkan segala urusan.


Niat untuk update penulisan blog yang tertangguh seolah2 hampir sirna. Masa terlalu pantas berlalu. Sedangkan sepanjang menyepi terlalu banyak cerita ingin dikongsikan. Kali ini aku ingin berkongsi cerita2 yang baik. Yang x baik inshaaAllah buang ke tepi. Jika ada pun maafkan aku...

Sebut maaf ni, hati bagai tersentap dengan post rakan FB di muka buku baru. Fb lama dah ku tinggalkan. Kali ini aku mencari sahabat2 yang dapat membawa ke syurga, InshaaAllah..Aamiin. Berbalik tentang maaf ni...kenapa ya manusia ni kadang2 sukar memaafkan kesalahan, termasuk diriku sendiri. Sedangkan Allah itu sifatnya Pemaaf. Nabi juga Pemaaf sifatnya. Kita pula hambaNya yang naif bagaimana? Untuk itu dengan rendah hati, aku ambil kesempatan di sini untuk memaafkan sahabat2ku yang berbuat salah kepadaku. Kerana aku juga pendosa yang sering berbuat kesalahan disedari atau tidak. Dan aku sedang belajar memperbaiki diri menjadi lebih baik. Mudah2an Allah permudahkan hijrahku. Aamiin

Image result for allah itu pemaaf


Teringat ketika hari pertama menempatkan puteri-puteriku di sekolah baru, mashaaAllah siapa sangka di negara orang putih katakan, Allah pertemukan sahabat muslimah berbangsa rohingya. Fasih berbahasa melayu tapi sedikit loghat burma. Menjadi salah seorang sukarela di sekolah bahasa inggeris, alhamdulillah Allah memilih dia untuk memudahkan urusan persekolahan puteri-puteriku. Sementara menunggu urusan pendaftaran selesai antara suami dengan puan kerani sekolah tersebut, aku mengambil sedikit kesempatan bersembang dengan sahabat berbangsa rohingya tadi. Terlupa pula, nama sahabat tu Puan Juma. Memakai tudung tersusun kemas, mashaaAllah so sweet...bangsa ronghingya salah satu bangsa yang mendapat perlindungan di Australia. Menceritakan pengalamannya, 5 tahun Juma berhijrah ke Malaysia bersama suami dan keluarga lain, anak-anak lahir di Malaysia. Penghijrahan dengan niat untuk mendapatkan kehidupan lebih terjamin di Malaysia, namun hampa, tidaklah seindah yang diimpikan. Menurut Puan Juma, Malaysia bukanlah sebuah negara untuk mencari kedamaian, apatah lagi dengan konflik politik dan persekitaran yang tidak harmonis. Itu kata Juma berasal dari Myanmar, belum lagi kata kita sebagai Malaysian. Kecewa dengan kebajikan di Malaysia yang tidak terjaga, Puan Juma bersama suami dan anak-anaknya berhijrah pula ke Australia. Dengan nada penuh bersyukur, dengan kalimah MashaaAllah yang berkali-kali diucapkan tiap kali menceritakan kebajikannya yang terjaga di sini, nyata sekali Puan Juma bahagia dengan kehidupan di Australia dengan mendapat bantuan penuh kerajaan untuk sara diri, rawatan kesihatan serta pendidikan percuma untuk anak-anak. Di negara bukan Islam layanan yang diberikan lebih bersifat islamik. Seperti tidak ada birokrasi berlaku dalam sistem pentadbiran di sini. Alangkah indahnya jika negara kita Malaysia lebih bersifat islamik. Jangan kecam aku dengan keluhan ni ya. Secara jujurnya aku mendapati kehidupan di sini jauh bezanya dengan kehidupan di Malaysia. Masyarakat di sini juga jauh berbudi bahasa berbanding orang kita sendiri. Pemikiran juga tak sama. Lebih bersifat tawakal. Masyarakat sini lebih menghayati maksud Iftitah. Segan aku dibuatnya.

Hari ini terasa seperti mendapat nafas baru setelah futur dengan ujian-ujian yang baru berlalu. Dari ujian-ujian itu juga aku kehilangan sahabat-sahabat di muka buku lama. Mendorong aku membuka muka buku baru. Mudah-mudahan menemui keserasian di sana. Alhamdulillah news feed hampir menjurus kepada islamik. Apa yang menggembirakan ku hari ini, tanpa ku sangka salah seorang list rakan muka buku baruku, adalah seorang penulis buku Si Kosong, Jibrail Fitrah. Penulisan beliau adalah antara koleksi buku yang menjadi penemanku ketika berhijrah ke sini. Ya Allah, syukur sangat-sangat ditemukan dengan salah seorang idola penulisan. Apatah lagi beliau dengan rendah hati sempat membalas komenterku. Aku pula yang rasa segan. Terpanggil rasa hati untuk kembali membuat penulisan. InshaaAllah dengan rakan-rakan baru, yang kebanyakkannya dari bidang penulisan buku islamik, mudah-mudahan nawaitu itu menjadi lebih mudah. Cantiknya aturan Allah, mashaaAllah...sebak hati.



Allah memberikan sesuatu yang lebih baik menurut apa yang difikirkan. Berbaik sangkalah selalu. Mudah-mudahan yang datang semuanya yang baik-baik. Dan redha apa yang telah hilang, mudah-mudahan Allah menggantikan sesuatu yang lebih indah. Teguran untuk diriku sendiri juga. Alhamdulillah...

Wednesday, February 1, 2017

Rindunya pada anugerah Allah yang satu ni. Kejauhan ini mendidiknya untuk menjadi lebih dewasa pada bukan waktunya. Allah itu, menghadirkan kebahagiaan dengan ujian perpisahan. Dari perpisahan itu, manusia akan belajar erti menghargai kesempatan bersama yang ada...

Allah, jaga dia untukku di kejauhan ini...My little caliph Mohammad Nadzmi