Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Monday, March 6, 2017

Alhamdulillah masih diberikan nafas pada hari ini. Hari-hari berlalu begitu pantas. Semakin hari semakin lebih baik dan semakin banyak perkara-perkara baru mendatangi hidup sebagai ujian dan pengalaman. 

Ketika menulis ni aku dalam perjalanan menuju ke ladang anggur mengikuti seorang kawan menyaksikan panorama waktu subuh. Sungguh cantik sangat...sejuk mata memandang. Musim summer sedang di penghujung. x lama lagi memasuki musim auturm, musim yang sangat ku nantikan. Teringin melihat daun2 berguguran, cantik sangat.


Tinggal di negara orang mengajar banyak perkara tentang kehidupan. Apatah lagi mendiami kawasan yang kebanyakkan datang daripada negara2 jiran seperti Indonesia, Burma, Cambodia, Vietnam dan China. Selain mereka yang datang dari Sepanyol, Itali dan Jepun.

Sesekali berkongsi cerita anak-anak tentang kawan2 mereka yang datang dari negara-negara tersebut. Meskipun datang dalam pelbagai negara tetapi mereka boleh berinteraksi dengan baik dalam satu bahasa iaitu bahasa inggeris sebagai bahasa utama. Yang sesekalinya tersasul dengan bahasa ibunda masing2. Begitu meriah kata anak2. Alhamdulillah anak2 hepy di sini. Sistem pendidikan di sini juga tidak begitu menekan pelajar kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi seperti di negara kita sendiri. Di sini (Australia) anak2 kecil diterapkan pendidikan peradaban sebagai pendidikan awal sebelum memulakan pendidikan akademik. Australia adalah negara yang sangat mementingkan disiplin.


Gambar diambil ketika mengunjungi 
Festival Greek



Hari ini juga alhamdulillah, puteriku Nur Nadia Athira mendapat anugerah bulanan sekolah untuk kelas transisi. Baru memasuki minggu ke 5 persekolahannya, namun alhamdulillah potensinya memberansangkan. Apa yang menariknya, sistem sekolah di sini banyak bermain psikologi untuk pelajar2. Tidak memberikan tekanan kepada pelajar2, bahkan belum pernah ku dengar cikgu mendenda pelajarnya dengan teruk. Paling tidak pun denda x dapat keluar bermain di padang hee...(kongsi cerita anak di sekolah)... :)