Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Monday, May 29, 2017

Ramadan Tanpamu

Salam Ramadan

Buat pertama kali ramadan di rantau orang, bersama suami dan anak2 tercinta. Tanpa bapa juga tanpa keluarga di kampung.  Tetapi ramadan kali ini, telah perginya seorang bapa buat selamanya. Seorang bapa yang cekal mengharungi liku2 hidupnya, membesarkan kami sembilan beradik. Mama dan adik-adik lain lebih terasa kehilangannya di kampung. Tiada lagi susuk tubuh yang kala ramadan datang, dialah yang bertungkus-lumus memastikan juadah disediakan. Berusaha menyediakan bahan itu dan ini untuk dimasak. Bahkan berusaha menunaikan keinginan tekak cucu. Dia bukan sekadar bapa, tapi juga datuk yang penyayang. (Sebak masa menaip ni). 



Allahu...enam minggu sebelum bapa pergi, Allah aturkan perjalanan bapa dan mama menemui kami anak beranak di Aussie. Walau tahu diri x sihat, bapa gagahi juga. Rindukan cucu melebihi rindukan anak. Bapa rindukan Ameera, teman bergaduh, teman bergelak ketawa...kerinduan terubat jua tatkala berkesempatan menghabiskan masa sebulan bersama kami di Aussie. 

Gambar di ambil ketika tiba di Tullamarine Melbourne Airport
Namun dalam masa sebulan itu jua bagaikan Allah mahu menunjukkan ku tanda bahawa bapa akan pergi buat selamanya...mata bapa sudah tidak bersinar. Kerap kali bapa pening dan batuk berpanjangan. Wajah bapa jua berubah. Sukar ku gambarkan. Dalam hati memujuk, bapa sihat-sihat saja. Bapa kuat dan x akan berlaku sesuatu pada bapa. Tak sanggup rasanya menghadapi kehilangan bapa suatu hari nanti. Aku x kuat menghadapinya. Namun kehilangan itu tetap terjadi. Ketentuan Allah x ada siapa yang dapat menolaknya. Suatu masa dulu hati pernah berbisik, seandainya bapaku kembali kepada Yang Maha Pencipta, biarlah bukan depan mataku. Aku x sanggup kehilangan bapaku. Rupanya Allah jadikan apa yang terdetik dalam hatiku. MasyaAllah....

Dua minggu sekembalinya bapa dan mama ke Malaysia, aku dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada adikku. Panggilan pada jam 1.30 pagi waktu Australia buat jantungku berdebar. Aku menjangka sesuatu berlaku dengan bapa. Fikiranku meleset terkenangkan tanda-tanda pemergian bapa ketika di Aussie. Detik itu aku bersedia mendengar apa pun khabar yang bakal ku terima di kejauhan ini tentang bapa yang ketika itu sedang bertarung nyawa kerana serangan jantung. Bapa dirujuk di bilik kecemasan Hospital Papar. Saat2 terakhir bapa xda siapa pun waris yang dibenarkan berada di samping bapa. Kesal dan sedih berbuku di hati. Namun aku percaya, bapa insan yang baik dan Allah menyayanginya kerana sifat penyayangnya. Andai ditakdirkan bapa menghembuskan nafas terakhir ketika itu, Allah pasti memudahkan jalanNya. Tepat waktu subuh di Melbourne, bapa pergi juga kembali pada yang Maha Pencipta. Dari kejauhan ini aku hanya dapat menatap wajah terakhir bapa melalui whats app group family yang dikirimkan adikku saat itu juga. MasyaAllah...wajah bapa tenang seperti orang yang sedang tidur. (Maaf, aku x dapat berkongsi gambar pemergian bapa di sini)

Setiap ruang fikiran, wajah bapa terbayang segenap memori. Sejak ku kecil sehingga dewasa bapa sentiasa ada bersama. Teringat saat-saat mendapat tawaran masuk asrama zaman sekolah dulu, saat-saat mendaftar masuk IPT, saat-saat menerima tawaran kerja sehingga dihantar bertugas, bapa sentiasa ada menemani. Bahkan ketika hari pertunanganku, bapalah insan yang bersengkang mata membuat hiasan hantaran demi melihat acara pertunanganku berjalan lancar. Allahu...baiknya Allah menghadiahkan ku seorang bapa yang cekal, yang x akan ada gantinya. Satu dalam sejuta. Bahkan di saat-saat akhir hayatnya, Allah hantar bapaku bersama mama menemuiku di Aussie untuk kesempatan terakhir. Syukur Ya Allah memberikan ku kesempatan ini. Walaupun aku x berkesempatan untuk melihat jenazah bapaku disemadikan buat kali terakhir. Namun bapa sentiasa ada dalam hati, sentiasa hadir dalam mimpi dengan senyuman. Doaku akan tetap sentiasa mengiringi arwah bapa selagi diberikan nafas.

Ketika hayatnya di dunia arwah bapa dah berpenat lelah membesarkan dan melayani setiap karenah anak-anaknya. Moga arwah bapa damai di alam sana. InshaaAllah bertemu di syurga. Moga Allah permudahkan jalan ke syurga. Aamiin

Antara memori2 yang sempat dititipkan ketika bersama arwah bapa di Aussie...

















Gambar terakhir bersama bapa dan mama ketika menghantar pulang ke Malaysia 
di Tullamarine Melbourne Airport


Bingkisan lagu untuk ayah...