Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Saturday, June 3, 2017

Di Penghujung Autumn

Alhamdulillah syukur Ya Allah atas ujian2 yang kau berikan. Setiap apa yang pernah terdetik di fikiran bagaikan itulah aturan yang Allah berikan. Inikah yang dikatakan fikir baik-baik maka yang baik-baiklah kita dapat :)...so positif selalu. Adapun musibah dan ujian yang datang anggaplah sebagai penyuci dosa. Tanda Allah sayang. Ingat tu...

Autumn! MasyaAllah my dreams come true...sejak kecil teringin nak berada di suasana autumn sebenar. Manakan tidak masa kecil dulu, tiap kali arwah bapa mengabadikan gambar keluarga di studio, pasti berlatarbelakangkan autumn...cantiknya autumn....

Dah berhari-hari merancang dengan suami nak tengok suasana autumn di Melbourne selagi masih bersempatan di sini,  tetapi masa selalu terhad dan x mengizinkan sedangkan autumn sedang di penghujung. Rasa rugi jika terlepas kesempatan. Maklum sahaja jika dulu asyik tengok 'autumn' daun pokok mangga berguguran di kampung...ahaks. Masa tu  berangan x sudah haha. Tetiba pula rindu kampung halaman hmmm. Alhamdulillah hari ini Allah hantar aku ke sini di bumi kangaroo, salah satu negara empat musim (kadang2 rasa 4 musim dalam sehari hee). So manfaatkan kesempatan yang ada.

Dijadikan cerita, anakku yang kedua, Nur Nadia Athira terlibat untuk membuat persembahan koir mewakili sekolahnya dalam versi pelbagai bahasa negara ibunda. Rasa bangga berbunga di hati bila mana anak akan membuat persembahan di negara orang. Tetapi...nasib x menyebelahi. Allah x mengizinkan aku dan suami menyaksikan persembahan anak bilamana kami tersalah info tempat persembahan berlangsung. Kami terlepas peluang ini. Anak pergi bersama-sama rombongan sekolah manakala aku dan suami menyusuli di belakang. Ku anggap sahaja Allah gantikan sesuatu peluang yang lebih baik. Boleh jadi Allah nak kami menyaksikan kejayaan yang lebih besar untuk anak-anak. Mungkin belum masanya. InshaaAllah kejayaan dunia dan akhirat untuk anak2.

Demi memujuk hati, alhamdulillah di sini ku berada. Menikmati ciptaanNya yang maha Esa...MasyaAllah...cantiknya suasana autumn...






Next season... Winter...bye...