Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Sunday, March 24, 2013

Makanan Anti Penuaan


Ramai antara kita tahu bahawa senaman dan pemakanan yang seimbang membolehkan seseorang itu menjadi lebih sihat dan bertenaga, akan tetapi tahukan anda bahawa sesetengah makanan sememangnya baik dalam menghalang atau mengurangkan kesan penuaan yang berlaku pada usia yang semakin meningkat. 

1. Avacado

Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri. 

2. Tembikai 

Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik 


3. Sayur Bayam 

Sayur bayam merupakan makanan yang mempunyai khasiat makanan yang terbaik, juga bayam kaya dengan lutein, yang dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus. 


4. Teh Hijau 

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh hijau meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel sel dalam badan yang menghasilkan kesan penuaan tersebut. 


5. Salmon 

Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai dalam salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi. 


6. Minyak zaitun 

Minyak zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai pelembap kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan proses penuaan 


7. Berri 

Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit. 


8. Ubi Keledek 

Ubi keledek mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit yang lebih sihat. 

**Sumber info kredit to http://health.mylaunchpad.com.my**

Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com



No comments:

Post a Comment