1. Menghadap kiblat
2. Dimulai dengan membaca selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
3. Yakin Doa akan dimakbulkan.
4. Tidak tergesa-gesa
5. Hadirkan hati anda dalam doa (tidak lalai)
6. Mengakui dosa dan beristighfar serta mengakui nikmat Allah dan kewajipan bersyukur kepada-NYA.
7. Khusyuk dan menyatakan harapan serta perlindungan.
8. Mengulangi doa sebanyak 3 kali.
9. Berdoa dengan hati yang ikhlas.
10. Tidak berdoa untuk perkara maksiat atau memutuskan silaturahim.
via https://www.facebook.com/pages/Hamba-Allah-SWT-Umat-Rasulullah-SAW/518437131504444?directed_target_id=0
Assalammualaikum WBT...
Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.
Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...
Tuesday, July 9, 2013
SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA...
✔ Hukum Puasa Ramadhan.
- Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas al-Quran, as-Sunnah dan Ijma'
✔ Siapa yang Wajib Puasa.
- Muslim.
- Berakal.
- Baligh.
- Sihat dan mampu untuk berpuasa.
- Menetap bukan musafir.
-Suci dari haidh dan nifas bagi wanita.
✔ Rukun Puasa.
- Berniat.
- Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak terbut fajar hingga terbenam matahari.
✔ Perkara yang Membatalkan Puasa.
- Makan dan minum dengan sengaja (Wajib Qadha)
- Muntah dengan sengaja (Wajib Qadha)
- Keluar darah haidh atau nifas.(Wajib Qadha)
- Mengeluarkan mani.(Wajib Qadha)
- Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa.(Wajib Qadha)
- Meniatkan berbukan.(Wajib Qadha)
- Bersetubuh. (Wajib bayar kafarat)
✔ Amalan Sunnah berkaitan Puasa Ramadhan.
- Bersahur.
- Melambatkan sahur.
- Menyegerakan berbuka puasa.
- Berbuka dengan tamar atau air.
- Memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa.
- Berdo' ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa.
- Solat sunat malam (Tarawih).
- Menjauhi perkara-perkara yang sia-sia/dilarang.
- Bermurah hati dalam menderma (bersifat dermawan)
- Mempelajari dan mentadabbur Al-Quran.
- Memperbanyakkan ibadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.
- Beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.
- Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar
Petikan Rahsia Perkahwinan
Monday, July 8, 2013
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M
- Negeri Sabah
- WP Labuan
- Negeri Sarawak
- Negeri Johor
- Negeri Pahang
- Negeri Terengganu
- Negeri Kelantan
- Negeri Sembilan
- Negeri Melaka
- Kuala Lumpur dan Putra Jaya
- Negeri Selangor
- Negeri Perak
- Negeri Pulau Pinang
- Negeri Kedah
- Negeri Perlis
Doa Berbuka Puasa
Tazkirah
"Jika seseorang dari kamu hendak berbuka puasa, maka hendaklah dimulakan dengan memakan buah tamar, kerana ia memiliki keberkatan. Jika tidak memiliki buah tamar, maka mulakan dengan meminum air, kerana ia menyucikan"
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi
Niat Puasa Bulan Ramadhan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Semoga ramadhan ini membawa seribu keberkatan, diberikan kekuatan untuk terus dapat beribadah dengan sempurna dan dapat menyucikan diri dari segala kekhilafan
Jom baca Niat Puasa...
Jom baca Niat Puasa...
Tidak Pakar, Tak Mengapa
Tiba2 dapat syor utk ceburi bidang yg aku sendiri x pernah terfikir sebelum ni. Guru KAFA. Boleh ke? aku sendiri masih merangkak2 dlm mendalami ilmu agama. Sebelum ni pun cuma ada pengalaman mengajar dlm pendidikan pra sekolah. Tu pun sekejap je sblm terjun dlm bidang pentadbiran. Bincang dgn kazen, lps tu dgn husband...emm husband kata, kena cuba. apa2 perkara pun memang kena cuba, x semua perkara yg ingin dilakukan perfect pada peringkat awal. Lama2 nanti bila dah biasa, ilmu pun bertambah..in sha Allah segala2nya akan bertambah baik.
Teringat pada kata2 Irfan Khairi dlm sebuah buku motivasi yg ditulisnya dalam Nota Jutawan, Nota Motivasi berbunyi 'Tidak Pakar, Tak Mengapa'..ye tidak pakar tak mengapa. Sekiranya anda bukan seorang yg pakar, jgn mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dlm sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut. Merujuk kepada seorang yg pakar dapat membantu menambah kredibiliti anda.
Maknanya aku harus belajar dan terus belajar utk menjadi lebih baik dlm sesuatu bidang yg bukan menjadi kepakaran sebelumnya. Belajar di samping menambah pengalaman dapat membantu memantapkan kebolehan dan kepakaran.
Usah takut mencuba...Yakin bahawa sesiapa pun boleh lakukan dengan syarat harus ada kesungguhan, keberanian dan iltizam. In sha Allah berjaya..
Dhia Hana Ameera Hari ini - 1 thn 3 bln 2 hari
Masa posing ni, konon mo outing..tu yg senyum lebar tu..
tau2 hujan da turun..x jadi la program
lain kali je la ye baby meera..
Subscribe to:
Comments (Atom)







