Kalau difikir-fikir, orang kat kampung lebih berduit daripada orang kat bandar. Percaya tak. Sebabnya di kampung, kita tidak perlu berhabis duit nak beli sayur ke, ikan ke, atau buah-buahan. Tak ada istilah kebulur punya. Tu..tanah belakang rumah yang luas terbentang, kalau rajin diusahakan boleh buat ladang komersial. Kalau tak mampu buat komersial pun, boleh buat kebun sayur untuk kegunaan sendiri. Laut yang terbentang luas di hujung kampung tu, banyak isi alam tu. Sotong, ikan, kerang, udang dan ketam. Semuanya ada di situ. Pokok pangkalnya kena rajin.
Belia-belia dekat kampung tu tak payahlah pening-peningkan kepala nak cari kerja kat bandar. Kadang-kala tu sampai ada yang sanggup jadi penganggur terhormat kerana setia menanti tawaran kerja yang agak glamour di bandar berbanding kerja kampung.
Kalau kita tengok pada masa kini, sudah ramai graduan-graduan universiti yang mengusahakan ladang komersial dan pendapatan mereka juga sangat lumayan. Malahan ada juga daripada golongan kakitangan sektor awam dan swasta yang berpangkat besar sanggup melepaskan kerjaya makan gaji untuk terjun ke bidang keusahawanan ladang komersial kerana tertarik dengan pulangan tersebut. Mereka boleh dijadikan sebagai inspirasi yang baik kepada golongan belia. Apa yang penting adalah keazaman dan berbekalkan usaha yang gigih di samping merebut peluang menimba ilmu dan kepakaran melalui kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta.
Rezeki itu ada di mana-mana...
Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau engkau bertawakal kepada Allah SAW dengan sesungguhnya, tentulah Dia memberikan rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi berlapar dan waktu petang dalam keadaan kenyang"
No comments:
Post a Comment