Dear Suriani,
Hiasi hari-hari dengan kebaikan
meski kau letih
melayani karenah orang-orang sekelilingmu
terus berbuat kebaikan
tanpa mengharap pujian dan penghargaan
Hari ini
ketika orang-orang melupai kebaikan lantaran kekhilafanmu
jangan bersedih
hidup ini bukan untuk dihabiskan dengan kesedihan
hiduplah dengan rasa bahagia
seperti pelangi indah
yang muncul setelah hujan
ketika kau rasa kosong di jiwa
ingatlah hati itu milik Allah
mohon padaNya
petunjuk
mohon padaNya
keampunan
Boleh jadi setiap ujian yang kau tempuhi
sebagai ladang pahala
untuk akhiratmu
asal saja kau redha
dengan segalanya
Hidup ini ada kalanya
tak seindah yang diharapkan
INGAT!
boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah : 216)
Dear Suriani,
Ingat tentang kematian yang sering kau dengari
yang pernah kau saksikan depan mata mu
MATI itu pasti
jadikan kematian sebagai pelajaran dan iktibar.
Rasa cukupkah amal di dada?
Boleh jadi orang-orang hanya akan berduka atas kematianmu
pada permulaannya
tetapi
boleh jadi juga orang-orang akan melupakanmu
pada hari-hari seterusnya
bak kata
HIDUP INI MESTI DITERUSKAN
hidup di barzakh tinggal bersendirian
hanya amalan sebagai peneman.
Ya Allah
semoga Engkau sentiasa dekatkan rahmat dan hidayahMu
kerana HATI yang Engkau kurniakan
seringkali berbolak balik
Ya Allah
kuatkan ia dengan IMAN
Betapa takutnya hambaMu pada azabMu, api nerakaMU
Hari ini sedang orang-orang dilalaikan dengan hal dunia
padahal dunia itu semakin dikejar semakin menjauh
Akhirat dilupakan
Adapun orang-orang merasakan dirinya begitu dekat dengan akhirat
padahal dia lupa
dia sedang menebarkan pahalanya
bagaikan angin yang menebarkan debu-debu dan terus menghilang
kerana?
RIAK dengan amalnya
Allahu...
Sukarnya hidup ini
Dear Suriani,
menggapai syurga itu bukannya mudah
kerana syurga itu MAHAL
harus ditempuh dengan perjuangan dan pengorbanan
maka berusahalah
Usah kecewa
Usah putus asa
Sabar
Redha
Qanaah
Tawaduk
Bersyukurlah
Solat jangan tinggal!
Moga dipermudahkan jalanmu
Aamiin Ya Rabb
Suriani Abd. Rahman
Suriani Abd. Rahman
Melbourne Australia
5.12 am
16 syawal 1438 hijriah/ 10 Julai 2017