Rakan-rakan juga menyuntik fikiran negatif tanpa kita sedari apabila kita berbual-bual dengan mereka. Jauhi orang-orang sebegini.
Lagu dan rakan-rakan yang negatif akan menanamkan pemikiran bahawa kita ditakdirkan menjadi orang yang malang, pada hal siapa yang tahu nasib dan takdir kita?
Sebagai ibubapa kita juga mungkin mendidik pemikiran negatif pada anak-anak kita dengan menyebut perkataan-perkataan negatif di hadapan mereka. Perkataan ini akan mengubah cara mereka berfikiran dan akan mewarnai kehidupan mereka apabila dewasa kelak.
Percayalah bahawa ALLAH menciptakan dunia ini dengan keadilan. Apabila kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih bernasib baik, seperti lebih kaya, lebih pandai, lebih hensem dan cantik, lebih berilmu, semua anugerah ini datang dengan tanggungjawab dan ujian.
Orang yang kaya diberikan lebih tanggungjawab untuk membantu orang miskin dan tidak boleh kedekut. Orang kaya juga mempunyai banyak duit maka diuji dengan kebarangkalian untuk berbuat lebih banyak dosa.
Jadi selalulah menyebut perkataan syukur dengan perkataan, perbuatan dan iktikad bahawa ALLAH telah memberikan keadilan dan kita bersyukur apa yang dikurniakan kepada kita.
Ujian, rintangan dan kesusahan yang kita hadapi adalah bahagian kita di dunia ini, dan kita tidak tahu mungkin ada orang diuji dengan ujian yang lebih berat dari kita.
Orang yang bersyukur dan berfikiran positif akan menjadi orang yang lebih sihat, lebih berharta dan lebih bahagia.
Selalulah berfikiran positif dan melihat hikmah di sebalik musibah. Itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur.
Nota Kaunseling dari Dr Zubaidi Hj Ahmad
No comments:
Post a Comment