Inilah musim yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar sekolah terutama selepas berpenat lelah menelaah pelajaran tak kurang juga ibu bapa yang turut sama menggalas tugas memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Bila tiba musim cuti sekolah maka inilah kesempatan untuk berehat sambil mencari aktiviti yang difikirkan sesuai dengan keinginan anak-anak tersayang.
Assalammualaikum WBT...
Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.
Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...
Sunday, November 20, 2011
Musim Cuti Sekolah Waktu Untuk Berehat
Saturday, August 27, 2011
Menanti Ikan Segar Dari Bagang (Kelong)
Inilah istimewanya bila tinggal di kampung. Tiap pagi menanti ikan segar dari Bagang / Kelong milik nelayan tempatan. Harganya agak murah berbanding di pasar ikan. Teruja dengan pelbagai jenis ikan yang masih segar.
Sunday, July 24, 2011
Semangat menimba ilmu
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlRYXd_KgPgK_fQhkLL3QEwCWRt7c8IQaq4KG6JEtqvSd7_zxeh6vsvobdM0y0q4WGaLApEwLAgNhlI_oe-T1-i3Sc0CW28bpdNzQBj5yroPaLXFOqXhlQEk5oDawMEZhkLo2SbmEdaAM/s320/baca+buku+dgn+plita.jpg)
Adakalanya kita terlepas pandang tentang betapa hebatnya pelajar luar bandar walaupun dalam keadaan mereka yang serba kekurangan dari segi prasarana, kewangan, kemudahan belajar dan keselesaan rumah. Tetapi adab dan semangat yang tinggi untuk maju menjadikan mereka lebih berusaha gigih. Cuma adakalanya semangat mereka mati disebabkan kemiskinan yang menghimpit walaupun mereka terdiri daripada pelajar yang celik pandai. Selain itu, ada juga yang terpaksa ponteng sekolah bukan kerana tidak berdisiplin tetapi kerana berkorban masa membantu ibu bapa mencari rezeki.
Saya masih ingat kisah pengalaman daripada seorang guru di sekolah lama dulu tentang bagaimana dia terpaksa meredah tanah lumpur tanpa berlapikkan kasut mahupun selipar untuk pergi ke sekolah. Bahkan untuk sampai ke sekolah memerlukan tiga jam perjalanan. Tetapi beliau tidak pernah menjadikannya sebagai halangan untuk berjaya.
Suka saya berkongsi pengalaman daripada kisah hidup bapa saya sendiri. Berasal dari sebuah keluarga yang miskin dan kehilangan ayahnya sejak masih bayi, bapa saya menjalani hidup bersama ibunya yang cekal membesarkan anak seramai empat orang dengan kudratnya sendiri mencari rezeki untuk mengalas perut anak-anak.
Pun begitu, kemiskinan tidak pernah menghalang bapa saya untuk berjaya. Pada ketika bapa saya dapat menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sabah College (sekarang Maktab Sabah), bapa saya berusaha mencari wang sendiri dengan mengambil upah mencuci baju rakan-rakan yang berkemampuan ketika itu bagi menampung kos sara diri di asrama dan pelajaran, di samping wang yang diperolehi dapat digunakan untuk membantu emaknya di kampung. Bahkan wang yang dikumpul hasil upah tersebut dapat digunakan untuk majlis perkahwinan kakaknya ketika itu. Terharu saya mendengar pengorbanannya sebagai pencari ilmu yang cekal. Walaupun bapa saya tidak dapat menjejakkan kaki ke menara gading kerana kemiskinan yang menghimpit ketika itu tetapi bapa saya adalah orang yang sangat berjaya dengan cabaran hidupnya. Itulah yang paling berharga.
Pujian juga seharusnya diberikan kepada pendidik (guru) yang sanggup berkorban masa, keluarga dan wang untuk melihat anak didik mereka berjaya. Ada guru yang sanggup menjadi penjual ikan kering dan basah sebagai pendapatan sampingan yang mana hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli kemudahan dan buku-buku bagi membantu anak-anak didik yang kurang berkemampuan dan mengisi minyak kereta bagi membolehkannya mengambil dan menghantar anak-anak didiknya pergi ke tuisyen supaya mereka tidak perlu lagi berjalan kaki berbatu-batu jauhnya agar tidak terlepas masa mendapatkan ilmu.
Bahkan ada juga guru yang terpaksa berpisah dengan anak-anak dan isteri kerana ditempatkan bertugas di luar bandar. Lebih mencabar lagi apabila terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung atau mempunyai anak yang masih kecil. Apabila sekolah bercuti baharulah dapat peluang berjumpa dengan keluarga. Terlalu besar cabaran sebagai seorang guru.
Apapun guru dan pelajar sama-sama memainkan peranan penting bagi mewujudkan masyarakat luar bandar yang berintelektual, kreatif dan berinovasi.
**Ehsan idea daripada Cikgu Azran Abd. Rahman, Sk Kemabung Tenom,**
**Ehsan idea daripada Cikgu Azran Abd. Rahman, Sk Kemabung Tenom,**
Friday, July 8, 2011
Betulkah ada pocong?
Selalu kalau ada orang yang meninggal kat kampung aku, malam harinya tiada siapa pun yang berani keluar lewat malam. Takut kena sampuk hantu pocong. Tapi orang kampung aku panggil pocong tu TUTUT.
"Isk! isk! isk!...betul ke Mat kau nampak tutut kat kebun getah tu...karung guni kot.."
"betul...kalau tak caya..hah kau pergilah lalu kat kebun tu tengah-tengah malam esok"
"isk..mengarut..siapa pula yang jadi tutut? takkanlah hj...ah! karut!"
Macam tu lah selalu..pocong yang menjelma tu selalu dikaitkan dengan orang yang baru meninggal. Kalau arwah tu masa hayatnya memang seorang yang lalai dengan urusan dunia, memang banyaklah fakta orang kampung yang akan dikaitkan si pocong. Tapi kalau arwah pula daripada orang yang warak, pasti banyak yang menyangkal. Tapi kalau masa tu pocong tetap menjelma pada masa si warak tadi meninggal, hah mulalah ada yang berfikiran negatif...buruk sangka...
Cerita pocong ni dari zaman nenek aku muda dulu lagi. Dah jadi macam cerita lagenda. Sampaikan kalau balik kampung, aku mesti nak tidur berhimpit-himpit dengan adik-adik. Takut pocong gigit kaki aku.
Mak aku kata, kalau pocong datang ke rumah, pukul pocong tu dengan penyapu lidi. Sebab pocong tu minta kena pukul untuk buang dosa-dosa dia pada keluarga. Aduh!..terbayang-bayang dalam kepala aku macam mana nak pukul pocong.
Yang tak masuk di akal aku lagi, ada pula kata pocong boleh datang ke rumah pada bulan ramadan untuk ikut bersahur. Nak tergelak aku dengar cerita ni...Orang curi makan kot..
Apa pun, sebenarnya itu semua kerja syaitan...Ketika jenazah dalam keadaan sakaratul maut pun syaitan dah berada di sisi, inikan pula ketika jenazah telah selamat dikebumikan. Syaitan tidak akan berhenti-henti memesongkan akidah anak-anak Adam. Semakin kita takut padanya (syaitan), semakin itulah dia (syaitan) akan berjaya menyesatkan kita. Takutlah kita pada Allah SWT, kerana takut padaNYa akan membuatkan kita lebih bertakwa dan mendapat lindungan daripadaNYa.
Seorang yang bertaqwa tidak susah untuk menutup pintu syaitan dan menjaganya. Adapun dia boleh jatuh ke jalan yang gelap adalah kerana mereka tidak mendapat petunjuk dan tidak boleh menjaganya. Kerana pintu syaitan menuju ke hati itu banyak, sedangkan pintu malaikat hanyalah satu.
Semoga kita sentiasa mendapatkan perlindungan Allah SWT dari tipu daya syaitan dan iblis. Sehingga kita termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk. Amin.
Wednesday, June 29, 2011
Rezeki ada di mana-mana
Kalau difikir-fikir, orang kat kampung lebih berduit daripada orang kat bandar. Percaya tak. Sebabnya di kampung, kita tidak perlu berhabis duit nak beli sayur ke, ikan ke, atau buah-buahan. Tak ada istilah kebulur punya. Tu..tanah belakang rumah yang luas terbentang, kalau rajin diusahakan boleh buat ladang komersial. Kalau tak mampu buat komersial pun, boleh buat kebun sayur untuk kegunaan sendiri. Laut yang terbentang luas di hujung kampung tu, banyak isi alam tu. Sotong, ikan, kerang, udang dan ketam. Semuanya ada di situ. Pokok pangkalnya kena rajin.
Belia-belia dekat kampung tu tak payahlah pening-peningkan kepala nak cari kerja kat bandar. Kadang-kala tu sampai ada yang sanggup jadi penganggur terhormat kerana setia menanti tawaran kerja yang agak glamour di bandar berbanding kerja kampung.
Kalau kita tengok pada masa kini, sudah ramai graduan-graduan universiti yang mengusahakan ladang komersial dan pendapatan mereka juga sangat lumayan. Malahan ada juga daripada golongan kakitangan sektor awam dan swasta yang berpangkat besar sanggup melepaskan kerjaya makan gaji untuk terjun ke bidang keusahawanan ladang komersial kerana tertarik dengan pulangan tersebut. Mereka boleh dijadikan sebagai inspirasi yang baik kepada golongan belia. Apa yang penting adalah keazaman dan berbekalkan usaha yang gigih di samping merebut peluang menimba ilmu dan kepakaran melalui kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta.
Rezeki itu ada di mana-mana...
Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau engkau bertawakal kepada Allah SAW dengan sesungguhnya, tentulah Dia memberikan rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi berlapar dan waktu petang dalam keadaan kenyang"
Thursday, June 23, 2011
Tenangkan diri dengan doa
Kita tidak pernah lari daripada sebarang masalah mahupun musibah. Hidup itu ibarat putaran roda. kadang senang, kadang susah. Tenangkanlah hati dengan berdoa dan banyakkan mengingatiNya, insyaAllah jiwa semakin tenang.
Dirawikan daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda, "Allah telah berkata:
"Barangsiapa ditimpa bencana lalu dia mohon perlindungan daripadaKu pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya"
Wednesday, June 22, 2011
Jangan lupa asal usul kita
Selalu setiap kali bercuti di kampung, mak pasti akan ceritakan kisah anak si anu dan si anu dapat kerja yang bagus. Mak bapa si anu tadi dah hidup senang lenang. Kalau dulu hidup si anu miskin ditambah dengan adik beradik yang ramai. Sekarang mak bapa si anu dah mampu tersenyum bangga melihatkan kejayaan anak-anaknya. Saya tumpang bangga melihat perubahan hidup mereka. Walaupun saya tahu tujuan mak bercerita begitu adalah sebagai dorongan untuk kami adik beradik berjaya seperti mereka.
Namun saya kurang senang bila kejayaan mereka tersebut membuatkan mereka lupa asal usul mereka. Hendak di jadikan cerita, pernah sekali saya terserempak dengan seorang teman rapat di pusat membeli belah terkenal di Kota Kinabalu. Waktu itu dia baru habis berpantang melahirkan anak sulungnya. Boleh di katakan dia juga salah seorang "orang berjaya" dalam kampung saya. Setelah mendapat tawaran kerja dalam sektor kerajaan, dia pun berhijrah ke bandar di mana dia bertugas sekarang.
Saya sapa teman tu dengan salam sambil melemparkan senyuman. Kebetulan kami sama-sama berada di kaunter cashier menunggu giliran untuk membayar barang yang dibeli. Terasa teruja apabila dapat berjumpa dengannya . Maklum sahaja, dia antara teman saya yang paling rapat ketika zaman sekolah menengah dulu.
Dia membalas salam saya dengan wajah mencuka. Seperti kehairanan melihat wajah saya. Dalam fikiran, mungkin dia dah tak cam muka saya. "Hah Su..kau pulak ni. Buat apa sekarang ni. Masih kerja di tempat dulu?", soalnya . Dengan jujur saya memberitahunya bahawa saya telah pun berhenti kerja dan berpindah mengikuti suami menetap di Papar. Mendengar jawapan saya lantas wajahnya bertukar sinis seolah-olah kurang senang dengan jawapan tadi. Mungkin pada fikirannya tindakan saya berhenti sebagai kakitangan kerajaan adalah satu tindakan bodoh. Tetapi hanya tuhan sahaja yang tahu kenapa saya mengambil keputusan meninggalkan kerjaya dalam sektor kerajaan. Dan rasanya saya lebih bahagia dengan dunia surirumah sepenuh masa yang saya lalui kini. Saya dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Paling penting saya dapat bersatu dalam sebuah keluarga yang harmoni. Lebih membahagiakan lagi anak-anak kini semakin bijak.
Berbalik pada cerita teman tadi, selepas dari hari itu, setiap kali terserempak di kampung ketika musim cuti sekolah (kebetulan dia pun akan pulang bercuti di kampung), dia seakan-akan mahu menjauhkan diri dari saya. Terasa kerdilnya diri ini ketika itu. Siapalah saya dibandingkan dia.
Saya tahu dia sudah berubah. Perubahannya juga sangat drastik. Dari seorang gadis kampung yang ayu bertudung litup, sekarang dia tampil dengan imej seksi dan ranggi tanpa tudung di kepala. Seperti orang kampung terlebih bandar. Maaf kalau agak kasar bunyinya. Rasa-rasanya masih ramai lagi golongan miskin di luar sana berjaya sepertinya tetapi tidaklah sampai lupa diri.
Teruja Naik Keretapi
Cuti sekolah semester lepas baru sahaja berlalu. Tapi rasanya belum puas lagi bercuti di kampung. Teringat ketika mula-mula menaiki keretapi ketika pulang ke kampung. Memang teruja sangat mau berada dalam perut keretapi yang telah dipermodenkan. Apatah lagi ketika itu sedang hangat di lancarkan operasinya. Oleh kerana sedang hangat itu jugalah aku dan anak-anak sanggup berdiri kerana keretapi dah lebih muatan. Nak buat macam mana. Teruja punya pasal. Berdiri pun berdiri lah..Anak-anak pun tidak kisah. Tapi kesian juga melihatkan penumpang yang terdiri dari warga emas terpaksa ikut berdiri. Hingga terdengar2 juga bisik2 keluhan kerana dah terasa mau pitam. kesian bukan. Yang muda tu, dah dapat tempat duduk tu apalah salahnya bagi peluang yang tua untuk duduk. Tidak rugi apa pun. Dapat pahala lagi lah dik oii..Tapi rasa-rasanya aku lebih merindui keretapi versi lama (keretapi enjin diesel). Banyak sejarah ada di situ. Di situlah bapaku menyangkutkan ayunan pada rak besi yang berada kukuh di atas untuk membuai adikku yang masih kecil ketika pulang ke kampung. Disitu jugalah adikku menjenguk ke luar tingkap dan mula mengenal burung bangau yang terbang rendah atas tasik hingga tersasul memanggilnya itixx terabang. Lucu juga jika dikenang. Namun keretapi versi lama (berusia 40 tahun-menurut sumber Jabatan Keretapi Negeri Sabah) masih digunakan dilaluan Beaufort-Tenom dan menjadi keretapi berenjin diesel bersifat tunggal di Sabah malah di seluruh Borneo.
Subscribe to:
Posts (Atom)