Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Sunday, March 24, 2013

Amalan dan Tips Ketika Hamil



Semasa mengandungkan anak yang sulung tidak banyak amalan mahupun tips yang dapat dipraktikkan lantaran kesibukan dengan tugas di pejabat selain kurang pengalaman maklum sahaja mengandungkan anak pertama. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja mengandungkan anak kedua dan ketiga , amalan ini sentiasa saya praktikan di samping sentiasa positif bahawa anak yang  bakal dilahirkan sentiasa mendapat lindungan Allah SWT. Jika kita sentiasa berfikiran positif InsyaAllah hanya perkara yg baik datang pd kita. Tak perlulah memikirkan pantang larang yg "buat itu tak boleh, buat ini tak boleh" bimbang nanti hanya menjadikan rasa fobia dlm diri. kena elakkan perasaan stress tu sbb boleh mempengaruhi anak dlm kandungan. So antara tips dan amalan ketika hamil:-


 1. Memperbanyakkan bacaan Quran sepanjang kehamilan bermula dari awal kandungan. Surah2 yg digalakkkan utk selalu baca adalah Surah Luqman (utk anak2 yg mendengar kata & hormatkan ibu bapa), Surah Mariam (utk memudahkan bersalin) dan yg ke 3 Surah Yusuf (utk anak2 yg sempurna dr segi zahirnya.). dan 1 lagi ayat yg elok sgt2 utk diamalkan bg memudahkan bersalin insyaAllah.
Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87} 
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 .

Semasa saat2 akhir baby nak lahir tu saya tak henti2 mengucap kalimah di atas tu sambil tangan kanan mengusap perut yg comel tu. Alhamdulillah senang je nak push baby tu. Sakit pun tak terasa sgt.

2. Menjaga pemakanan yg mana pastikan segala yg kita makan adalah HALAL dan juga tinggalkan segala2 nya yg SYUBHAH sbb pemakanan yg kita makan masa mengandung inilah yg akan menjadi darah daging anak2..penting utk kite jaga yg ni. sbbnya darah daging yg elok, akan membentuk akhlak anak2 yg elok.so, ibu2 semua..pastikan anda makan makanan yg baik2 sepanjang mengandung..insyaAllah anak2 akan mudah dididik.

3. Amalkan makan banyak2 kurma, kekacang utamanya almond, susu dan soya.. Semasa mengandungkan anak ketiga saya tidak digalakkan mengambil susu atau soya slps makan bagi mengelakkan zat besi tidak dapat diserap dengan baik. Maklum saja masa tu saya mengalami enemia. Bagi yg ingin anak dilahirkan berkulit putih elakkan mengambil kicap. Mudah-mudahan putihlah anak tu kelak.

Selebihnya bertawakal kepada Allah. InsyaAllah mudah-mudahan segalanya berlangsung dengan baik sehinggalah anak dilahirkan.

No comments:

Post a Comment