Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Saturday, November 17, 2012

Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan

 Sahabat di luar sana, janganlah bersedih seandainya setiap apa yang berlaku tidak seindah yang diharapkan dan diimpikan. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah SWT juga yang menentukan segala. Seringkali Allah akan menguji hambanya dari segi kekurangan harta benda, kesakitan dan kesengsaraan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Namun segala sesuatu itu pasti ada hikmah sebaliknya. Dan pasti ada gantinya yang lebih baik. Sesungguhnya Allah maha pengasih, lagi penyayang.  Manusia pada saat diuji dalam pelbagai cubaan hingga adakalanya ujian itu menjadikan keadaan mereka dalam keadaan yang sangat kelam kabut, kesusahan dan kesengsaraan yang amat sangat serta keterputusaasaan yang menghimpit jiwa, seringkali lupa bahawa ada Allah tempat mengadu dan meminta petunjuk agar diberikan jalan keluar daripada segala kesulitan. Maka dari itu, seorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa dan tawakal kepada Allah, nescaya ia tidak akan pernah resah, gundah dan berserabut fikirannya. Ketika musibah dan bencana datang menimpa berzikirlah kepadaNya, harapkanlah kelembutan dan kasih sayangNya, nantikan pertolonganNya, dan selalu berbaik sangka kepadaNya. Yakinilah dan ingatlah selalu bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, setelah sakit ada kesembuhan, setelah hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang benderang.




Friday, November 16, 2012

Bakat anak usah dipersiakan


ilustrasi drpd lukisan Nadia Athira

Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya tersendiri. Ibubapa perlu peka dengan perkembangan anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan kurikulum yang menyihatkan. Semakin banyak pendedahan yang dilakukan semakin bagus. Lama-kelamaan nanti anak-anak akan menyedari kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Jangan mengongkong anak-anak  melakukan aktiviti sihat yang mereka suka hanya kerana mahukan anak-anak melakukan sesuatu mengikut kehendak ibubapa. Misalnya si anak suka melukis dan ingin menjadi pelukis sebaliknya ibubapa pula mahukan anaknya menjadi juruterbang. Ini hanya akan menyebabkan potensi atau bakat yang ada tidak dapat dikembangkan dan sekaligus mereka berasa tidak mendapat pengiktirafan daripada ibu bapa. Bakat anak-anak perlu dihargai agar mereka berasa diri sangat berharga dan tanpa disedari akan meningkatkan tahap IESQ (Intellectual-Emotional-spiritual-Quotient) yang merupakan keseimbangan kecerdasan intelek, emosi dan rohani. 

Tuesday, November 13, 2012

Hasbunallah wa ni'mal wakil (Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung

Hasbunallah wa ni'mal wakil diucapkan oleh Nabi Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin dan selamatlah Nabi Ibrahim. Kalimat ini juga diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW pada perang badar sehingga Allah memberikan kemenangan.

Tatkala Nabi Ibrahim diletakkan di atas tungku api Jibril bertanya "apakah engkau memerlukan sesuatu (pertolongan) dariku?" Nabi Ibrahim menjawab " aku tidak memerlukan pertolonganmu. Saya hanya perlu pertolongan Allah"

Berkat kalimah tersebut  api yang membakar pun menjadi dingin.

Inilah pertolongan Tuhan ketika hambaNya mendekatkan diri kepadaNya. Dari sinilah terlihat bahawa ada Tuhan yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Meindungi dan Maha Mengasihi ketika si hamba menyandarkan diri kepadaNya.

Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik

Allah tidak akan pernah mencabut sesuatu melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya. Maka tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmannya:

(Surah Ar-Ra'd ayat 24)

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, dan barang siapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hati mereka selalu gundah gulana, cemas tidak mendapat kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selamanya.

Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan



Dalam hidup ini jika kita seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangunkan diri maka seringkali itu jugalah kita akan menjumpai kritikan-kritikan pedas dan pahit serta cemuhan dan hinaan. Bahkan mereka  tidak akan pernah berdiam mengkritik sehingga menyebabkan kita bersedih dan menitiskan air mata yang mengusik ketenangan. Adapun mereka yang seperti itu kerana kesal dan marah bila merasakan kita memiliki kelebihan dalam banyak hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk atau harta. Melainkan jika kita melepaskan semua kurnia dan nikmat yang Allah berikan baharulah mereka berpuas hati akan kejatuhan kita.

Oleh sebab itu, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa laksana batu karang, tetap kukuh berdiri meski diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya. Seandainya kita lemah dan terpengaruh dengan setiap kritikan dan cemuhan mereka bermakna kita membenarkan keinginan mereka  untuk menjatuhkan kehidupan kita. Yang terbaik yang harus dilakukan adalah dengan menjawab atau memberi respon positif terhadap kritikan dengan menunjukkan akhlak yang baik. Hakikatnya setiap kritikan dan cemuhan merupakan ungkapan penghormatan, yakni semakin tinggi darjat dan pangkat semakin pedas pula kritikan itu, menunjukkan kita adalah lebih baik daripada mereka.

Saturday, November 10, 2012

Alam Tadika Sudah Berakhir..Nadia rindu..

Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya Nadia baru sahaja mula menjejakkan kaki ke tadika. Teringat awal tahun tu, dengan penuh rasa teruja, tinggal lagi beberapa hari persekolahan akan bermula, Nadia penuh semangat beraksi dengan pakaian seragam sekolah siap lengkap dengan beg angy birdsnya disandang ke bahu. 


Semester pertama persekolahan dah mula nampak moody. Pernah tu seminggu Nadia meragam tak mau pergi sekolah. Walau dah dihantar sampai dalam kelas, alih-alih abah dia bawa balik sebab tak sampai hati anak kesayangan tu merengek, menangis sampai tak makan pujuk. Siap gigit lengan cikgu dia...nasib baik tak lebam lengan Cikgu Siti. Selepas dari hari tu, giliran aku pula hantar dia kesekolah. Masa tu kuatkan semangat lepaskan dia dalam kelas dengan tangisan meraung. Nak buat macam mana, tak boleh layan sangat manja tu. Nanti tak ke sekolah jawabnya. Emm...moody tu sebabnya kawan segrup buli dia. Budak-budak macam tu la, masing-masing dengan sifatnya. Nadia ni agak pendiam..risau juga dibuatnya. Tapi jangan tak tau, diam-diam dia ubi berisi huhu...Selepas dengan perangai moody dia at last cikgu dia pindahkan ke grup lain, masa tu baru nampak sedikit ketenangan tu. Selain tu atuk dia ambil alih hantar dan ambil dia ke sekolah. So tak da chance Nadia buat perangai manja tu..


Sedar tak sedar dah ke hujung persekolahan..Nadia sedih sebab lepas ni tak jumpa Cikgu Montel dan Cikgu Siti. Kawan-kawan pun tak semua ditempatkan di sekolah yang sama pada tahun hadapan. Nadia kata rindu sangat-sangat..

Hari Konvokesyen Pra Sekolah

Bersama rakan-rakan

Dah siap Konvo