Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Tuesday, July 30, 2013

Kuah Kacang @ Kuah Sate

Petang tadi berbuka puasa dengan sate. x payah makan macam2, makan sate pun dah kenyang. yang bestnya lagi sate dan kuah kacangnya mak dan adik aku yang buat sendiri. Memang sedappp...Meera yang tengah demam pun berselera makan. Licinnn.... 

Tapi bahan perapan sate aku x dapat follow apa yang patut dibubuh..semalam masa dorang buat perapan tu aku dah dibuai mimpi..awal sangat terlelap semalam. ngantuk sangat..kena pula dengan selsema..memang mata x boleh tongkat dah..layu semacam..

So siang tadi sempat la tolong2 kacau buat kuah kacang ni..kali ni baharulah confirm sangat bahan2 resepi kuah kacang ni..kalau dulu asyik blur bahan apa yang patut bubuh..ye la mak aku kalau buat kuah kacang ni wajib bubuh rempah ratus..kalau x memang rasa kuah kacang ni hambar je...color pun x cantik..rupa2nya buat kuah kacang ni senang sangat..paling penting hati kena ikhlas baru sedappp...apa2 pun kuah kacang yang my mom buat memang yg terbaekkk...

Raya pun tinggal beberapa hari je lagi kan..so kalau makan lemang, ketupat, kelupis ker..mesti cicah dengan kuah kacang baru kaw kaw...memang mables..

Jom try buat kuah kacang ni...yang ni kuah kacang ala2 versi jawa..kalau masakan jawa sapa x kenal...memang masakan jawa sedap apa...


RESEPI KUAH KACANG



Bahan-bahan
1 kilo kacang tanah (goreng tanpa minyak, kemudian buang kulitnya (x buang kulit pun boleh)
1 liter air
100 gram cili kering (rebus, tos dan kisar dgn blander (campur sedikit air supaya hancur))
*5 biji bawang merah 
*6 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
2 batang serai (dititik)
1 tbs jintan manis ( yang telah dikisar)
1 tbs jintan putih (yang telah dikisar)
1 tbs biji ketumbar (yang telah dikisar)
1 batang kulit kayu manis
3 tbs serbuk kari daging
1 1/2cawan minyak masak
1 cawan gula 
1 tbs garam
sedikit bahan perasa
Sedikit air asam jawa

bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk

Cara-caranya
1. Kisar kacang tanah bersama seliter air menggunakan blander. Kemudian ketepikan.

2. Panaskan  minyak ke dalam kuali. Nak buat kuah ni mesti banyak minyak supaya kuah kacang nanti x kering. 

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan lengkuas yang telah ditumbuk serta kulit kayu manis. Kemudian serai. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

4. Masukkan cili kering yang telah dikisar, berserta dengan serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kacau seketika kemudian campurkan gula, garam dan sedikit bahan perasa, serta sedikit air asam jawa. Terus kacau sehingga pecah minyak dan betul2 masak. Cili kering ni kalau x cukup masak, mudah je kuah tu nanti cepat basi.

5. Tuang perlahan-perlahan kacang tanah yang telah dibland tadi ke dalam cili kisar yang sedang dimasak. Kacau sebati dan teruskan kacau sehingga kuah kacang betul2 masak kemerah-merahan dan pecah minyak.

6. Akhir sekali angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...

Tips : Sekiranya kuah kacang rasa tawar, boleh tambah gula sehingga rasanya cukup memuaskan hati. Tapi kalau banyak gula, x baik utk kesihatan.

Nak bagi kuah kacang ni tahan, masak biar betul2 mendidih..paling penting cili kering tu kena betul2 masak...cara nak tahu masak ke x..cili tu mesti dah bertukar warna merah pekat dan x berbau cili. Begitu jugalah masa dah campur kacang tu nanti, mesti kuah tu dah bertukar warna kemerah2an dan pecah minyak, baru boleh angkat.

Mak aku kata, jintan manis, jintan putih dan ketumbar tu sebelum kisar kena goreng tanpa minyak dahulu. Tapi goreng berasingan...jgn la pula goreng tiga2 tu campur sekaligus..x psl2 nanti jadi mcm citer musang berjanggut hehehe...sebab kena goreng yelah supaya rempah tu nanti keluarkan aroma yg wangi dan x menyebabkan kuah tu basi.

*sedikit tambahan : kalau nak kuah tu nampak cantik kemerahan, kacang yang telah digoreng tanpa minyak tu x perlu dibuang kulitnya. boleh bland bersama kulitnya sekali. 




Sunday, July 28, 2013

TIP MERAWAT ANAK BATUK, DEMAM DAN SELESEMA


Hari ni Meera kena demam lagi. Cian anak mama sorang ni..baru je sembuh beberapa hari lepas, dah kena demam balik. Cuaca sekarang memang x menentu. Nadia pun sama, demam, batuk dan muntah2..terpaksa ambik mc budak tu..baru je berat badan bertambah sikit dah susut balik. Bagi ubat yg klinik bagi pun x berkesan...alih2 cari tips2 kat internet ni, mana tau berkesan dan x memudaratkan. So dapat la sedikit tips ni...baca kejap..

Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:

1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.

2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak.

3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak. (Emm..yg ni aku setuju sgt..patut la bg ubat batuk tapi x sembuh2 juga).

Cubalah cara yang pastinya selamat dan berkesan:

1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.
2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam.
3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.
4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong. Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

20 AMALAN MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Ketiga : Memperbanyak doa.

Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”

Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”

Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.

Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar.

Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama.

Tuesday, July 23, 2013

Resepi Karipap Pusing

Petang ni exercise dgn karipap pusing lagi. Memang letih buat kuih ni tapi kalau makan sedap je..budak-budak pun suka. Sementara tunggu berbuka posa ni, aku ambik kesempatan update resepi karipap pusing ni. Dah ada rakan yg bertanya macamne buat ni. aku kalau explain lisan ni memang x pandai. So sapa2 yg teringin sgt cuba bakat buat karipap ni, jom lets rock with my recipe... :)



Bahan Inti
1 kilo kentang (potong dadu dan rebus seketika, toskan)
1 tbs garam
5 tbs gula
3 tbs serbuk kari daging
*4 ulas bawang putih
*5 biji cili padi
*50gm udang kering
1 biji bawang holand (potong dadu)
2 tangkai daun sup (dihiris)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian tumis ke dalam minyak yang panas bersama bawang besar dan daun sup.

Kemudian masukkan serbuk kari yang digaul dengan sedikit air, campurkan gula dan garam mengikut sukatan yg telah disediakan, kacau sehingga kari naik minyak.

Masukkan kentang yang telah direbus dan kacau sebati sehingga kering. Angkat dan sejukkan.


Bahan Doh Margerin:
400 gram tepung gandum
4 sudu besar margerin - cairkan
2 sudu besar lemak sayuran - cairkan


Bahan Doh Minyak:
600 gram tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk (tambah sedikit lagi jika adunan masih keras)
secubit garam

Cara² Doh Margerin:
satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepal²kan kepada 12 bulatan sama besar. ketepikan.


Gambar doh marjerin


Cara² Doh Minyak:
satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduanan tepung beserta minyak. uli hingga rata. bahagikan kepada 12 bahagian bulatan sama besar. ketepikan. 

(pastikan doh minyak lebih besar drpd doh marjerin)

Gambar doh minyak


Cara-cara membuatnya
1. Gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh margerin ditengah2...



2. Tutup doh margerin menggunakan doh minyak..tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula.



3.Gelek leper doh yang siap dibungkus tadi seperti gambarajah.



4. Gulung doh yang siap digelek tadi.



5. Gelekkan doh yang telah digulung tersebut sekali lagi.



6. Gulungkan semula, kemudian potong setebal 1 cm setiap satu



7. Gelek adunan yang siap dipotong seperti dibawah...pastikan gelekan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Aku gelek bentuk melonjong sebab ingat mo buat karipap segitiga. Senang sikit..



8. Pastikan bahagian bawah doh yang digelek sebelah dalam ya.. letakkan sedikit inti dipermukaan. Inti yg aku buat ni x nampak dadu..masa rebus kentang tadi tetiba meera nangis meraung..ambik masa sikit kasi diam..x pasal2 kentang terlebih rebus. Tu yg xda shape dadu..kentang jadi lembik..jangan ikut aksi ini hihihi.. 



9. kelim seperti karipap biasa. Ni pula Karipap pusing bentuk segitiga. Saja nak create sikit, heee....


Sedia untuk menggoreng...goreng di atas api perlahan ye. Masak tu nanti memang mables..gerenti licin ngeeee

Selamat mencuba... :)







Monday, July 22, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Sumber Petikan daripada qasehkazim

Friday, July 19, 2013

KHASIAT BUAH KURMA

Alhamdulillah masa mengandungkan Ameera dulu memang kurma menjadi salah satu favourite selain mengamalkan pengambilan buah delima. Kebetulan pula mengalami masalah anemia. Sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah tersebut walaupun tidak berubah secara mendadak. Sekurang-kurangnya dapatlah mengelakkan daripada mengalami komplikasi yg lain. 



Berikut antara khasiat yg terkandung dalam buah kurma:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Sumber daripada Rahsia Perkahwinan

Thursday, July 18, 2013

Nur Nadia Athira sekitar umur 4 - 5 tahun

Amboi amboi...anak mama sorang ni kalau pasal bergaya bukan main lagi
jenuh tangan mama ni snap
tapi ni la hobi dia..dah namanya pun pompuan kan ngeee...



 













Dhia Hana Ameera sekitar umur 4-5 bulan

Alahai..montelnye meera time ni..pipi tembam2..selalu kena picit oleh tangan2 geram tu.
Baby kalau umur bulan montel je kan. Bila dah pandai berjalan tu mula dah susut sikit berat tu.
Ni picture Meera masa umur 3-4 bulan. Cepat ja besar..
















Sambal Udang Tomato

Hari ni tiba-tiba pula teringin berbuka puasa dengan nasi berlaukan sambal udang tomato...Kebetulan ada lagi baki udang yang atuk budak2 ni beli semalam. So apa lagi..terus rembat buat sambal...habis uuuu...sodap ba itu kata sorang anak buah tu hihi..
Jom kongsi resepi yang x seberapa ni..

Resepi Sambal Udang Tomato



Bahan-bahan

1/2 kilo udang basah (dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
*2 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
* 10 tangkai cili kering (rendam dgn air panas. rebus pun boleh)
5 biji tomato - dipotong dadu (potongan saiz dadu besar)
2 tangkai lada besar merah - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
minyak masak
1/4 cawan air asam jawa
1 tablespoon gula merah
garam secukup rasa
bahan perisa secukup rasa

Cara-cara

Kisar bahan2 yang bertanda * menggunakan blander

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi, kacau 

masukkan gula merah, garam dan perisa . kacau sehingga naik minyak

Setelah itu, masukkan udang yg telah ditumbuk, gaul kemudian campurkan tomato, bawang besar dan  lada besar.

apabila udang kelihatan empuk, masukkan air asam jawa. kacau sehingga sambal menjadi pekat.

Akhir sekali angkat. Sedia untuk dihidangkan....

Selamat mencuba..

Resepi Biskut Coklat Black Forest Oren


Bahan-bahan ( Anggaran 150 biji )

250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
1 tablespoon esen vanila
1 tablespoon parutan kulit oren
2 tablespoon pes oren ( boleh guna jus sunquick)
50 gm serbuk badam
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 tablespoon tepung beras
1 tablespoon baking powder
100gm badam cincang
100gm mix fruit dicincang halus (yg utk biskut & kek ye, bukan mix fruit dlm tin utk minuman atau puding..niaya nanti hehe)
70 gm compound coklat

Cara-cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang.

Masukkan telur serta esen vanilla. Pukul lagi.

Masukkan serbuk badam, parutan kulit oren dan pes oren, pukul kemudian campurkan bersama mix fruit dan badam cincang. kacau sebati.

Ayak  tepung jagung, tepung beras dan baking powder bersama tepung gandum. Gaulkan bersama adunan di atas tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

Bentukkan doh menjadi bulat kecil. 

Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.

Bakar pada suhu 150'C selama 20 minit atau sehingga masak.

Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah "double-boil".

Kemudian, masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat masak menggunakan paip (piping paper @ plastic ye bukan paip kat sinki tu hihi..). Setelah itu, hias dengan menggunakan coklat putih dan sugar flower.

Biarkan ia kering.

Selamat mencuba...

Tips : Untuk mengelakkan doh pecah ketika dibakar, cucuk-cucukkan doh menggunakan hujung garpu sebelum dibakar ke dalam oven.

Wednesday, July 17, 2013

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

✔ Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

✔ Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

✔ Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

✔ Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

✔ Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

✔ Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

P/S : Lepas mandi sebelum Subuh dan bagi melengkapkan segalanya adalah dengan melakukan SOLAT SUBUH BERJEMAAH !

Sumber Petikan @ Rahsia Perkahwinan

NOTA KAUNSELING

Untuk menjadi orang yang berfikiran positif, kita harus meninggalkan prasangka buruk bahawa kita ditakdirkan bernasib malang. Hentikan mendengar lagu-lagu yang mendendangkan nasib malang, putus cinta, hidup merana dan ditinggalkan orang yg kita sayang. Kadang kala kita diajar menjadi orang yang mempunyai banyak prasangka dan tidak berfikiran positif tanpa disedari oleh lirik-lirik lagu yang sebegitu.

Rakan-rakan juga menyuntik fikiran negatif tanpa kita sedari apabila kita berbual-bual dengan mereka. Jauhi orang-orang sebegini.

Lagu dan rakan-rakan yang negatif akan menanamkan pemikiran bahawa kita ditakdirkan menjadi orang yang malang, pada hal siapa yang tahu nasib dan takdir kita?

Sebagai ibubapa kita juga mungkin mendidik pemikiran negatif pada anak-anak kita dengan menyebut perkataan-perkataan negatif di hadapan mereka. Perkataan ini akan mengubah cara mereka berfikiran dan akan mewarnai kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Percayalah bahawa ALLAH menciptakan dunia ini dengan keadilan. Apabila kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih bernasib baik, seperti lebih kaya, lebih pandai, lebih hensem dan cantik, lebih berilmu, semua anugerah ini datang dengan tanggungjawab dan ujian.

Orang yang kaya diberikan lebih tanggungjawab untuk membantu orang miskin dan tidak boleh kedekut. Orang kaya juga mempunyai banyak duit maka diuji dengan kebarangkalian untuk berbuat lebih banyak dosa. 

Jadi selalulah menyebut perkataan syukur dengan perkataan, perbuatan dan iktikad bahawa ALLAH telah memberikan keadilan dan kita bersyukur apa yang dikurniakan kepada kita.

Ujian, rintangan dan kesusahan yang kita hadapi adalah bahagian kita di dunia ini, dan kita tidak tahu mungkin ada orang diuji dengan ujian yang lebih berat dari kita. 

Orang yang bersyukur dan berfikiran positif akan menjadi orang yang lebih sihat, lebih berharta dan lebih bahagia.

Selalulah berfikiran positif dan melihat hikmah di sebalik musibah. Itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur.

Nota Kaunseling dari Dr Zubaidi Hj Ahmad

Allah menjawab Al-Fatihah Kita

... SUBHANALLAH!, .. ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA ...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Pada saat kita membaca surat Al-Fatihah sewaktu kita Shalat, banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya.

Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surat Al-Fatihah tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman : ..

"Aku membagi Shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Artinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah menjawab : "Hamba-Ku telah memuji-Ku"....

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim", Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab : "Hamba-Ku memuja-Ku"

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”,

Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”.

(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).

… Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci …

Sumber Artikel : Strawberry

Monday, July 15, 2013

Rezeki di bulan Ramadhan al-mubarak

Alhamdulillah syukur kepada Allah...
Permintaan utk produk kuih cincin x putus2 sejak sebelum ramadhan lagi sebenarnya..tapi ramadhan kali ini permintaan di luar jangka. Permintaan bukan sekadar sekitar Sabah, tapi juga dari sarawak, semenanjung dan Brunei. X menang tangan keluarga menyiapkan tempahan customer maklum saja semua tugas menyiapkan dilakukan tanpa bantuan pekerja upahan. My parents bertindak sebagai peneraju utama...Istimewanya lagi rasa keenakan kuih cincin lain daripada yang lain. Mak aku masih mengekalkan ciri tradisional kuih cincin dari segi inti dan kulitnya. X mcm kuih cincin lain yg ada di pasaran. Selalu kuih cincin yg ada di pasaran memang agak crunchy tapi inti atau isi gula dalamnya lebih mengandungi campuran tepung dan kandungan gula nipah sgt kurang. Terasa hilang keasliannya. Tapi yang mak aku buat memang terbaek and mavles..bukan memuji dan bukan nak menemberang tapi itulah hakikatnya. Mak buat dgn penuh ikhlas...bukan mengharap untung semata2 tetapi kepuasan pelanggan itu yg penting. Buktinya..mak menggunakan gula nipah 90% sebagai inti atau isi dalam kuih cincin. Sebab itu kuih cincin mak dipanggil kuih cincin original. Kulit di luar pula sedikit modified utk menambahkan kerangupannya. Nak merangupkan tu pun ada rahsia sebenarnya. Guna tepung juga..ala bubuh tepung pulut dgn sedikit kapur makan je...x ada guna bahan plastik bagai, mcm sesetengah peniaga yg sanggup menggunakan bahan plastik utk merangupkan produk (bukan kuih cincin) mereka. Err..takut dgn bahan kimia mcm tu kan..kadang2 peniaga ni x fikirkan keselamatan pengguna. Ditakdirkan pengguna tu keracunan makanan kan niaya. My family tidak akan sesekali membuat kerja yg memudaratkan pengguna. Dijamin halal...bahan-bahan yg digunakan adalah bermutu dan terjamin kebersihannya tanpa bahan kimia yg memudaratkan...Satu lagi keistimewaannya, kuih cincin ni ringan je. Budak kecil pun boleh makan. Memang terbaek punya. Kata seorang kawan baru2 ni 'satu dalam Malaysia' huhu.. Tapi ini bukan rekaan semata2 tau..dan bukan tiruan semata2...Ini kuih cincin tulen..nak rasa boleh pm hehe

Al kisahnya oleh kerana kuih cincin my family ni selalu jadi pujaan saudara mara yg lain and bila nak tempah aje mesti dorang kata kat mak bapa dorang, 'kami x mau kuih cincin lain, kami mahukan kuih cincin bongsu..bongsu tu gelaran dorang utk bapa aku..so datanglah idea my father nak bubuh nama kuih cincin tu 'Kuih Cincin Bongsu'

Tararara..inilah hasilnya..kuih cincin warisan keluarga..aku kena belajar resepi ni..tu yg bapa aku request kat anak2...sayang kalau x dikekalkan warisan tradisi ni. Nanti generasi seterusnya x mengenal kuih tradisi nenek moyang mereka..

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Jom amalkan..Moga2 ayat2 dan doa di bawah dapat membantu anak-anak menghadapi peperiksaan dengan tenang. In Sha Allah membuahkan kejayaan..

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Sunday, July 14, 2013

Aneka juadah berbuka puasa...tapi ringkas dan sederhana

Masa puasa la keluarga selalu dapat berkumpul satu meja..meriah sungguh dengan berbagai-bagai juadah makanan. Kalau diikutkan nafsu tu memang x boleh layan semua makanan. Last2 bersahur pun rasa semput x larat makan. Tapi selalunya family makan ala kadar je..x layan sgt dgn godaan makanan di bazar. Lebih senang masak sendiri. Sekadar ada 2 menu makanan dan sejenis air manis sejuk dan teh sudah memadai. Terpulang pada diri masing2 nak mengawal nafsu makan tu. Apa pun menu utama yg selalu ada di atas meja sudah tentu mee goreng sanggul masakan mak. Sedap tiada tandingannya..Kalau x mee goreng sanggul, sudah pasti soto ayam atau sup tulang. 

Kelmarin buat karipap pusing.Sempat juga la menjamah sedikit karipap pusing buatan tangan ni. Bukan senang nak buat. Lps uli sana uli sini, gulung, potong dan roll lagi sambil menyanyi lagu row row row your boat siap juga akhirnya..entah sedikit terdorong dlm hati, cuba2 la beranikan diri pegi bisnes karipap tu..habis uuuu..nasib baik ada taruh sikit utk berbuka puasa hehehe..

aku nak tunjuk picture karipap pusing yg blur ni..memang blur sbb kamera x cantik..saja nak minta puji..hihi


Kejap lagi mo masak mee hoon..request dari anak saudara konon mo makan mee kuning..tapi alang2 dah beli mee hoon so jgn dok bazir. posa2 x baik membazir...

Ok la ada masa nanti aku akan update buat resepi mee goreng sanggul ye..



Tips dan doa dari Al-Quran

Jom amalkan doa2 di bawah..In Sha Allah dipermudahkan dalam mengurus suami, isteri dan anak2