Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Monday, July 8, 2013

Tidak Pakar, Tak Mengapa

Tiba2 dapat syor utk ceburi bidang yg aku sendiri x pernah terfikir sebelum ni. Guru KAFA. Boleh ke? aku sendiri masih merangkak2 dlm mendalami ilmu agama. Sebelum ni pun cuma ada pengalaman mengajar dlm pendidikan pra sekolah. Tu pun sekejap je sblm terjun dlm bidang pentadbiran. Bincang dgn kazen, lps tu dgn husband...emm husband kata, kena cuba. apa2 perkara pun memang kena cuba, x semua perkara yg ingin dilakukan perfect pada peringkat awal. Lama2 nanti bila dah biasa, ilmu pun bertambah..in sha Allah segala2nya akan bertambah baik.

Teringat pada kata2 Irfan Khairi dlm sebuah buku motivasi yg ditulisnya dalam Nota Jutawan, Nota Motivasi berbunyi 'Tidak Pakar, Tak Mengapa'..ye tidak pakar tak mengapa. Sekiranya anda bukan seorang yg pakar, jgn mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dlm sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut. Merujuk kepada seorang yg pakar dapat membantu menambah kredibiliti anda.

Maknanya aku harus belajar dan terus belajar utk menjadi lebih baik dlm sesuatu bidang yg bukan menjadi kepakaran sebelumnya. Belajar di samping menambah pengalaman dapat membantu memantapkan kebolehan dan kepakaran.

Usah takut mencuba...Yakin bahawa sesiapa pun boleh lakukan dengan syarat harus ada kesungguhan, keberanian dan iltizam. In sha Allah berjaya..

No comments:

Post a Comment