Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Wednesday, July 17, 2013

NOTA KAUNSELING

Untuk menjadi orang yang berfikiran positif, kita harus meninggalkan prasangka buruk bahawa kita ditakdirkan bernasib malang. Hentikan mendengar lagu-lagu yang mendendangkan nasib malang, putus cinta, hidup merana dan ditinggalkan orang yg kita sayang. Kadang kala kita diajar menjadi orang yang mempunyai banyak prasangka dan tidak berfikiran positif tanpa disedari oleh lirik-lirik lagu yang sebegitu.

Rakan-rakan juga menyuntik fikiran negatif tanpa kita sedari apabila kita berbual-bual dengan mereka. Jauhi orang-orang sebegini.

Lagu dan rakan-rakan yang negatif akan menanamkan pemikiran bahawa kita ditakdirkan menjadi orang yang malang, pada hal siapa yang tahu nasib dan takdir kita?

Sebagai ibubapa kita juga mungkin mendidik pemikiran negatif pada anak-anak kita dengan menyebut perkataan-perkataan negatif di hadapan mereka. Perkataan ini akan mengubah cara mereka berfikiran dan akan mewarnai kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Percayalah bahawa ALLAH menciptakan dunia ini dengan keadilan. Apabila kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih bernasib baik, seperti lebih kaya, lebih pandai, lebih hensem dan cantik, lebih berilmu, semua anugerah ini datang dengan tanggungjawab dan ujian.

Orang yang kaya diberikan lebih tanggungjawab untuk membantu orang miskin dan tidak boleh kedekut. Orang kaya juga mempunyai banyak duit maka diuji dengan kebarangkalian untuk berbuat lebih banyak dosa. 

Jadi selalulah menyebut perkataan syukur dengan perkataan, perbuatan dan iktikad bahawa ALLAH telah memberikan keadilan dan kita bersyukur apa yang dikurniakan kepada kita.

Ujian, rintangan dan kesusahan yang kita hadapi adalah bahagian kita di dunia ini, dan kita tidak tahu mungkin ada orang diuji dengan ujian yang lebih berat dari kita. 

Orang yang bersyukur dan berfikiran positif akan menjadi orang yang lebih sihat, lebih berharta dan lebih bahagia.

Selalulah berfikiran positif dan melihat hikmah di sebalik musibah. Itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur.

Nota Kaunseling dari Dr Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment