Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Friday, July 5, 2013

Resepi Sotong Hitam

Agak2 berapa ramai yg pandai makan sotong hitam..hihi..
Dulu masa mula2 kawin dgn husband, aku x mau makan masakan cenggini, malu nanti gigi hitam kalau senyum..lagi2 pula baru kawin kan..kenalah control ayu hehe..
Sekarang bila dah tiga anak..belasah aje..lepas makan tetap malu2 senyum huhu..
pe pun yg penting dpt makan..sedap...
mau cuba..meh lets try my resepi yg aku dah modified sikit, biar tambah sedap lagi..


Bahan-bahan

1 kilo sotong (bersihkan dan ambil hitamnya - hati2 kalau pisahkan kantung hitam sotong tu masa keluarkan dari perutnya, takut terkoyak, nanti x dpt le masak sotong hitam tu hihi), kemudian potong ikut korang punya suka..
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 inci kunyit basah (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
1 ulas bawang besar (di hiris)
2 biji lada besar (dihiris)
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumiskan bahan-bahan yg telah ditumbuk, masukkan serai dan tumis sehingga kekuningan.
2. Masukan sotong, sebatikan dgn bhn tumisan tadi dan gaul sehingga sotong kelihatan empuk.
3. Masukan le hitam sotong tu ye..biar kantungnya pecah dlm kuali dgn menggunakan sudip tu, so x la nanti tangan tu jadi hitam. Sebatikan hitam tu dgn sotong. Kemudian bubuhlah garam dan perasa secukup rasa. Kalau rasa2 air sotong agak kering, boleh taruh air sikit je..agak2 x  melekit dgn kuali.
4. Last sekali masukkan  bawang besar dan lada besar yg telah dihiris tadi.
5. Sedia utk dihidang

No comments:

Post a Comment