Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Saturday, April 6, 2013

Dhia Hana Ameera Genap Setahun


Pejam celik pejam celik dah setahun umur Meera hari ni...cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, sejak lahir 6 April lalu x banyak masalah untuk menjaga dan mengasuhnya. Kesihatan pun memuaskan. Umur 10 bulan dah boleh berjalan. Cepat kan...ni petua dari mak long dia, jangan bagi duduk dalam walker sebab baby kalau x duduk dalam walker, perkembangannya memang cepat. Lebih kepada berdikari so berkait rapat dengan kebolehan fizikal dan perkembangan otak. Yang menariknya lagi, Meera diberikan susu ibu sepenuhnya, alhamdulillah baru sekali demam sejak dilahirkan. Sebabnya, antibody dia kuat..itulah kelebihan susu ibu yang korang harus tahu. Lagi satu petua, masa baby nak dapatkan imunisasi tu jgn lupa siap2 bawa bawang merah sebabnya lepas je dapat suntikan, bawang merah tu kena sapu cepat2 pada bahagian yang dah kena suntik tu, dengan izin Allah baby x demam kesan suntikan. Aku dah cuba petua ni, memang berkesan...

Apapun aku bersyukur sangat2 Allah telah mengurniakan anak-anak yang sihat, comel, bijak dan menghiburkan. Paling best anak-anak lahir semua secara normal tanpa sebarang masalah walaupun ketiga2 kelahiran mereka aku mengalami anemia. Itulah kuasa Allah..

Sempena kelahiran Meera hari ni, kita dah rancang untuk tunda dulu sambutannya dan plan untuk sambut beramai2 dengan yang lain (nephews) yang lahir pada bulan April ni. Yang bestnya lagi i will celebrate my birthday together with Meera..best kan..

***HAPPY BIRTHDAY DHIA HANA AMEERA, MAMA AND ABAH WILL ALWAYS LOVE U..MUAHHH....***


No comments:

Post a Comment