Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Friday, October 4, 2013

Bahaya Walker Kepada Bayi

Mungkin ramai di antara ibu terutama yang baru menimang anak pertama berasa tidak sabar hendak membeli walker untuk si comel. Melihat anak orang lain mampu bergerak dengan laju menggunakan alat tersebut tambah teruja hati ibu.

Walaupun walker dilihat mampu membantu anak berjalan, tetapi hakikatnya lebih banyak keburukan kepada perkembangan tumbesaran bayi yang menggunakan walker.

Ada juga ibu bapa berasa walker mampu mengendalikan anak mereka yang sedang lasak merangkak dan mampu bertindak sebagai pembantu mengawasi anak semasa ibu sibuk di rumah.

Namun, ibu bapa seharusnya tahu bahawa penggunaan walker hanya melambatkan perkembangan motor tubuh anaknya, lebih teruk ia melambatkan perkembangan menal bayi.

Alat tersebut memang mampu memberi kebebasan bergerak kepada bayi tetapi bahayanya kemalangan turut mudah berlaku. Antara kecederaan yang disebabkan walker termasuk cedera kepala, patah tulang, patah gigi, melecur, jari tersepit, bayi terjatuh dari tangga atau bayi mencapai objek berbahaya yang panas, berat dan beracun.

Secara semulajadi, bayi yang normal akan mencapai perkembangan kemahiran anggota badan, kaki tangan selain meregang, berguling dan merangkak.

Biasanya bayi akan berusaha untuk mencapai matlamat mereka memegang objek yang mereka inginkan. Usaha tersebut merangsang perkembangan kemahiran pergerakan tangan dan kaki mereka.

Namun penggunaan walker telah merampas pembelajaran semulajadi motor tubuh bayi Walker menyebabkan bayi berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain dahulu, ini menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.

Bayi yang menggunakan walker ini menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas tahu berjalan. Salah faham ibu bapa berkenaan walker harus dibetulkan. Ia bukan mempercepatkan perkembangan bayi sebaliknya terdedah kepada bahaya dan mencederakan bayi.

Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak. Cara terbaik membantu bayi berkembang dengan cepat adalah meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh berkembang mengikut kadar sendiri.

No comments:

Post a Comment