Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Thursday, April 10, 2014

Meera dah 2 tahun

Lama sgt x update blog ni. Hari ini Meera dah 2 thn 5 hari. Dah lima hari berlalu ulangtahun Meera tapi kami x pernah sambut birthday utk dia. Bukan x mahu cuma rasanya cukuplah dapat makan bersama2 dgn sederhana dlm satu keluarga sebagai mensyukuri bahawa Allah masih memberikan kami kesempatan utk dapat bersama. Macam tahun2 yg selalu kita buat, makan bersama pegi KFC ker, Pizza Hut ker..janji anak2 gembira.

Fahaman setiap org pasti berbeza, ada yg mahukan hari ulangtahun dpt diraikan dgn suasana yg sangat meriah diiringi muzik dan games, asalkan anak2 terhibur dan gembira. Siapa yang x mahu happy kan.
Tapi x tergamak rasanya hati ini meraikan kegembiraan yg semeriah begitu bila memikirkan maksud ulangtahun sebenar. Secara fizikal ulangtahun bermaksud hari kita dilahirkan, yg juga membawa erti umur semakin bertambah. Tapi adakah umur juga turut menjadi panjang hayatnya. Allahu'alam..Allah sahaja yg mengetahuinya



Jika difikir secara logiknya, bagi saya hari lahir adalah untuk mengingatkan bahawa saat utk bersama semakin kurang. Kita x mengetahui bila Allah akan mengambil kita utk kembali kepadaNya. So bila fikir2kan balik x sanggup rasanya meraikan hari umur kita semakin kurang. Katakan dlm loh mahfuz Allah menakdirkan umur kita di dunia setakat 60 thn, maknanya setiap tahun umur kita semakin berkurang utk ke arah itu. Melainkan Allah panjangkan lagi usia kita, alhamdulillah..mungkin itu satu bonus dari Allah utk kita jadikan lagi kesempatan menambah baikan amal kita utk menuju ke alam sana. 

Apapun terpulang kepada individu masing2. Lain org lainlah fahaman dan caranya. Hak masing2 utk meraikan kebahagiaan masing2. 

Utk anak2 mama, Mohd Nadzmi, Nur Nadia Athira and my birthday girl Dhia Hana Ameera all the best..mama sentiasa mendoakan yang terbaik utk kalian, pada setiap hari nafas yg diberikan oleh Allah. Mudah2an mama dapat melihat kalian membesar menjadi anak2 yg soleh dan soleha yg sentiasa dlm keberkatan Allah. Aamiin...

No comments:

Post a Comment