Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Wednesday, July 16, 2014

RESEPI BEGEDIL DAGING

Bulan posa mcm ni pening juga memikirkn menu yg ingin dimasak utk berbuka. Tapi dlm merancang dan mencari menu yang ingin dimasak tu kena pastikan menu tu x menjurus kepada pembaziran. Nanti sibuk mencari menu lazat, alih2 x dapat makan sebab 'terlebih sedap' huhuhu... .Cukup la sesedap rasa, makan dengan sederhana dan x membazir. Paling penting masak biar dengan hati ikhlas dan dengan iman. Dah pula bulan Ramadhan kn bulan mengumpul pahala. So rebut peluang yg ada selagi diberikan nafas di bumi ini..

Ada yg minta resepi  ni..dengan line yg macam siput alhamdulillah masih ada rasa sabar untuk mengupdate resepi ni. Silakan yg ingin berkongsi sama. Nak lebih sedap boleh la ubah ikut idea masing2..maklumlah lain orang lain citarasanya kn...

RESEPI BEGEDIL DAGING

Bahan A
1 labu bawang besar
2 labu lada besar
2 tangkai daun sup
*semua bahan A dihiris/ dicincang halus bentuk dadu

Bahan B
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
*semua bahan B ditumbuk

250 gram daging kisar (boleh guna yg dlm tin atau pek sebarang jenama, pastikan halal ye..)
8 biji kentang (direbus hingga lembut kemudian lenyek)

1 sudu besar lada putih biji (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kecil garam
sedikit serbuk perasa 
2 biji kuning telur (asingkan putihnya utk celupan)


CARA-CARA MEMBUATNYA

Masukkan kesemua bahan di atas bersama kentang yang telah dilenyek dalam satu bekas, kemudian gaul hingga sebati.
*kalau nak masuk bahan2 sedikit demi sedikit pun boleh
Bentukkan doh bulat dan leperkan setebal 1/2 inci. Untuk mengelakkan doh melekat antara satu sama lain sapukan sedikit tepung jagung dipermukaan. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak untuk menggoreng. Banyak minyak tu agak2 utk begedil tu tenggelam macam nak buat kuih jemput2 ye..

Celup begedil dalam putih telur (utk putih telur ni boleh tambah sebiji telur lagi bersama kuningnya dan kacau dadar), kemudian masukkan begedil yg telah dicelup ke dalam kuali. Goreng dan agak2 dah garing separuh, baru terbalikkan. Angkat setelah begedil agak berwarna keemasan dan toskan.

Sedia untuk dimakan masa berbuka puasa nanti. Enak dimakan bersama sos atau mayonis.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa... :)


No comments:

Post a Comment