Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Monday, January 14, 2019

Belajar Hidup Sebagai Perantau

Pagi isnin yang memalaskan haha...lagi dua minggu cuti sem berakhir. Selama cuti ini juga x banyak yang dilakukan. Lagi2 dengan cuaca summer yang panas. Nak keluar beriadah serba salah dibuatnya...tetiba rasa terpanggil untuk menaip sesuatu ni..

Kebelakangan ini aku melihat semakin ramai orang Malaysia datang ke Australia mencari rezeki. Seperti yang dikhabarkan oleh kakakku, kehidupan di Malaysia kini semakin sukar dirasakan. Gaji yang ada tidak pernah mencukupi seperti dulu. Ekonomi merosot. Maka tidak hairan jika ramai yang keluar berhijrah mencari rezeki di rantau orang. Jika dulu orang-orang kita sering memandang rendah pendatang asing masuk ke Malaysia mencari rezeki, kini kita apa kurangnya...maka hidup ini jangan suka memandang rendah orang lain. Kita tidak berada di kasut mereka, maka kita tak tahu apa yang dilalui mereka. Kini baru kita mengerti tujuan mereka berhijrah....

Ketika negara kita dibanjiri pendatang asing mencari rezeki, x kurang juga ada segelintir mereka membuat onar hingga mengganggu gugat kesejahteraan masyarakat. Kita marah bukan...

Justeru apabila kita berhijrah ke negara orang, mencari rezeki, janganlah melakukan perkara yang sama jika mahu dihormati. 

Ada seketika teman-teman mengadu tentang sikap2 orang kita ketika duduk negara orang. Jika yang baik perlakuannya, memang baik sangat, jika yang buruk...??? Paling sedih ada yang masuk news. Jika masuk news kerana perkara baik, tak mengapa. Tapi jika sebaliknya, kita yang tengok pun rasa sedih.

Aku melihat, orang-orang yang dapat masuk ke negara kanggaroo ni adalah orang-orang yang bertuah. Tahu kenapa bertuah? kerana tidak semua orang yang datang ke Australia ni berjaya masuk melepasi pemeriksaan imigresen even yang datang melancong sekalipun. Jika gagal, alamatnya, kau dihantar pulang kembali dan banned 3 tahun. So yang bertuah masuk tu, jagalah adab, hargailah peluang rezeki yang diberikan. Jangan membuat sesuatu yang dimurkai Allah. Lagi2 ada yang ketika masih di Malaysia selalu menjaga solat, bila sudah berada di negara orang, jangankan solat dah berani tinggal, air kencing syaitan pun dah berani jamah. Sedih nohh...aku bukan memandai reka cerita, tapi inilah realiti yang terjadi depan mata sendiri. 

Jika niat kita berhijrah kerana ingin memperbaiki kehidupan, dan Allah telah memberikan peluang rezeki itu, jagalah anugerah itu sebaiknya. Kerana kau tak akan tahu bila masanya Allah akan tarik balik.

Satu hal lagi, yang rasanya teman sering mengadu hal yang sama. Sahabat2 perantau...aku tahu dan faham jika niat mencari rezeki di rantau orang kerana ingin memperbaiki kehidupan yang lalu. Tapi dalam keghairahan kau mencari dolar, nasihatku janganlah keghairahan itu sampai membebankan orang lain. Membebankan bagaimana? meh aku nasihat sikit...hee

Bila kau berhijrah mencari rezeki dan kau merasakan ekonomimu belum cukup kukuh untuk dibawa pulang...nasihatku, datanglah bersendirian untuk seketika. Aku mengerti berpisah dengan orang tersayang terutama isteri dan anak2, ianya sesuatu yang menyakitkan. Tapi percayalah Allah ada untuk menjaga mereka. Jangan kerana sayang dan kerisauan yang mendalam, kau heret sama mereka merasai kesusahanmu di rantau orang bahkan tanpa disedari akan membebankan orang lain juga.  Berdosa tau.


Tahu tak, apabila kau di rantau orang, pertama yang harus kau lalui adalah survive kehidupan. Dan bukan perkara mudah. Kau harus membiasakan diri dengan suasana baru, mencari tempat tinggal yang selesa dan pekerjaan yang bagus. Bagus itu pula tidak bermakna kau harus menjadi Pemilih kerja. Jika itu, alamatnya kau tak akan keluar dari zon 'selesa'. Apabila satu tahap kau sudah merasakan ekonomimu stabil, punya kewangan yang kukuh, punya tempat tinggal yang selesa untuk orang-orang tersayangmu duduk bersama, jemputlah mereka jika itu yang membuat hatimu lebih tenang. Kau akan menarik nafas lega di sana. 

Kedua, jangan kerana ghairah mengumpul dolar, shopping barangan jenama, sampai kau lupa asingkan sebahagian pendapatanmu untuk survive keperluan hidup yang penting seperti sewa rumah, bila air, api dan gas. Kau rasa tenang tak jika orang lain yang terpaksa menanggung masalah engkau. Kau tak tahu boleh jadi orang yang sedang menanggung kau pun sedang menanggung kesusahan.  Dia tak akan cerita sebab kau pun mungkin tak ada masa ambil tahu. Kau seronok punya simpanan yang banyak sampai nak survive keperluan penting untuk diri sendiri pun kau berkira. Silap2 orang yang kau bebankan itu x ada simpanan sebanyak kau. Eh! tetiba aku geram apa hal? hahaha...xda lah...aku sebenarnya bercakap pada perkara yang benar-benar terjadi dengan seorang teman. So, nasihat aku, please belajar survive diri, jangan tamak dan ghairah mengumpul dolar kepada ringgit Malaysia. Aku tahu memang seronok dapat duit Malaysia berkoyan. Tapi seronok itu tak berkat jika membebankan orang lain. Kalau x mau dengar nasihat, meh aku lempang sikit haha...

Ketiga...nantilah aku sambung ye...Tengah kelam kabut nak masak untuk suami. Tak pun kau fikirlah sendiri apa yang terbaik dilakukan. Bila kau tau berfikir, jadilah kau seorang yang bijak. Ingat bukan mudah hidup di rantau orang. Segalanya terpulang dengan diri sendiri. Jika kau tahu mensyukuri nikmat yang Allah berikan, maknanya kau sentiasa berhati2 dengan setiap tindak tandukmu. Dan aku pun sedang belajar memperbaiki diri sendiri sebab namanya juga lumrah manusia, x lepas dari kesilapan. 

Byeeee....

No comments:

Post a Comment