Assalammualaikum WBT...

Dalam hidup ini kita pasti ingin menjadi yang sempurna dalam segala aspek. Namun tidak semudah itu tanpa melalui pelbagai cabaran, ujian dan kekentalan semangat. Bahkan pasti ada kesilapan yang sering kita lakukan sebagai hambaNya biasa. Apapun jadikan kesilapan lalu sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Sesekali pandanglah ke belakang, di samping luaskan pandangan ke hadapan, yakini diri, usaha dan tawakal..In Shaa Allah menjadikan kita berjaya. Redha setiap ketentuanNya menjadikan kita sentiasa berlapang dada.

Diinspirasikan juga blog ini dengan koleksi2 petikan facebook dan blog yang lain dengan info yang bermanfaat sekadar untuk rujukan diri sendiri...

Tuesday, January 1, 2019

Memori 2018

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan umur berada di tahun baru 2019. Apa azam tahun 2019 ni? azam tahun lalu bagaimana pula? tercapaikah apa yang diinginkan? :)

2018, alhamdulillah terlalu banyak pengalaman yang mengajar diri menjadi lebih bersyukur dengan apa yang ada, meskipun ketika itu melalui tahun tanpa seorang bapa kerana pada April 2017 bapa telah kembali kepada sang Pencipta buat selamanya. Kehilangan mungkin lebih terasa buat mama, apatah lagi arwahlah teman mama ke mana pun.

Berada di tahun kedua menetap di Australia, mengajar banyak perkara tentang kehidupan, tentang erti bersyukur dan menghargai. Tidak seperti tahun pertama mula menetap di negara orang ni, keinginan untuk pulang ke tanah air sentiasa meluap-luap, haha...lebih-lebih lagi anak-anak masih rindukan suasana kampung halaman, rindukan makanan Malaysia. Paling sedih bila tiba Hari Raya, masa tu yang cuma mampu dilakukan hanyalah berhubung dengan panggilan video dengan keluarga di kampung. Dapat tengok juadah mama dan suasana raya di kampung pun, syukurlah :). Berbeza berhari raya di negara orang, persediaan cukup sederhana dan adakalanya diri berasa lebih selesa dengan cara bersederhana. Mana tidaknya, membuat persediaan hari raya tidak memerlukan bajet yang banyak. Paling penting tidak perlu risau fikirkan apa yang orang lain akan kata. Sebabnya, tidak perlu menukar langsir baru, sofa baru, cat dinding rumah baru, dan segala kelaziman yang kita lakukan di Malaysia tiap kali Hari Raya menjelang. Apapun terpulang pada diri sendiri persediaan bagaimana menjadi pilihan kita. Meskipun bersederhana, perkara penting adalah mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, saling kunjung mengunjungi keluarga, saudara mara dan sahabat handai.



Tahun 2018 juga menyimpan banyak kenangan manis untuk anak-anak. Apatah lagi anak-anak mula berasa serasi dan seronok bersekolah, bergaul dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai negara dan latar budaya yang berbeza. Alhamdulillah, anak-anak sudah boleh berbahasa english dengan baik. Acapkali juga anak-anak menerima anugerah dari pelbagai kategori pencapaian di sekolah. Paling teruja lagi apabila anak sulung meraih pencapaian tertinggi dalam subjek sains dan matematik. Bukan senang menempa tempat di negara orang. Alhamdulillah rezeki anak-anak di sini. Lega rasa hati dapat menunaikan keinginan arwah bapa yang inginkan cucu-cucnya berjaya. Mudah-mudahan doa arwah bapa berjaya membawa anak-anak dan cucu-cucu berjaya ke syurga juga. Aamiin...








Berada di Australia bermakna perlu melalui cuaca empat musim. Setiap musim menggamit pengalaman dan kenangan yang berbeza. Aku pula lebih suka musim autumn. Dengan suhu dan pemandangan yang cantik, terasa jika boleh biarlah musim autumn berlangsung sepanjang tahun. Sesetengah orang teringin tengok salji hee...salji memang best weh, tapi yang tak bestnya kesejukkan suhunya mampu merosakkan cutimu haha. Tak percaya, boleh try test heeee....

Musim Panas


Remembrance Of Shrine

Nobbies Park, Philips Island Victoria

Philip Island Wildlife Park


Cape Schanck 

Musim Luruh
Museum of Melbourne


Botanic Garden
Winter



Mount Buller

DFO, Docklands

Gambar-gambar kat bawah ni time musim bunga.
Cantik tak bunga-bunga tu :D









Gambar-gambar kat bawah ni pula ketika musim panas menjengah kembali. 
hujung tahun weh...

Nobbies Park, Philips Island




Warratina Lavender Farm,

Aku buat apa masa ni? aku tengah bercuti sem...duduk Australia tapi x pandai berkomunikasi dalam bahasa English, susah weh. So sebab aku belum konfiden tahap 360 darjah, aku ambil pengajian English as an Additional Language (Level II), lecturer aku siap tanya apasal buang masa ambil level II, padahal aku boleh naik level. Hah next sem baru naik level. Begitu sekali ketidak konfiden aku tu. Yelah, aku nak berkomunikasi dengan orang yang bukan cakap melayu, so kalau aku boleh cakap dengan fasih, bukan setakat boleh bercakap sampai nampak gigi, ke hujung dunia pun aku boleh pergi, haha...ke situ la pula. Tak lah, aku sebenarnya ada komitmen untuk masa depan aku. Cukup aku tak berjaya di negara aku, InsyaaAllah ada rezeki aku ingin berjaya di negara orang. Supaya aku boleh buktikan kegagalan itu bukan selama-lamanya dan jangan fikir orang yang berada di bawah selama-lamanya berada di bawah, dan orang yang berada di atas akan selama-lamanya di atas. Hidup ini ibarat putaran roda. Ingat tu...nasihat aku secara percuma, sebab aku dah banyak kali hadap orang-orang acah-acah sombong dan berlagak ni, hidup ini di tahap mana pun kau berada, be humble, be humble and be humble...Insyaaallah orang akan respect dan hormatkan kau. Eh tetiba pula aku teingat ex officer aku yang dah naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah. Tahniah bosku dan terima kasih mengajar aku tentang banyak perkara, erti kegagalan hingga takdir menghantar aku ke negara orang. Cewah...emosi pula haha.






Penghujung tahun 2018, ada pengalaman manis yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Syukur Ya Allah kerana aturanmu cukup cantik. Terharu rasanya. Dengan rezeki yang Engkau berikan, alhamdulillah dapat juga menjemput mama dan adik beradik datang melawatku ke Australia. Harap mereka gembira sepanjang berada di negara kanggaroo ni.









Pengalaman yang aku tak boleh lupa bila kami beradik terlepas keretapi terakhir. Tak pasal-pasal kami tersadai jadi 'homeless' sekejap. Merempat di tengah-tengah kota Melbourne haha...pada ketika umur menjadi mama dan bapa budak, ketika ini pula kami melalui pengalaman begini (mujur anak kecil tinggal dengan nenek dorang). Teringat terus zaman kanak-kanak, berkumpul beramai-ramai adik beradik. Takdir Allah kumpulkan kami cara yang cantik. Syukur Ya Allah...




Semoga tahun 2019 ni, kehidupan bertambah baik, ibadah bertambah baik dan rezeki bertambah baik. Dunia semakin tua sebenarnya. Dengan gambaran-gambaran apa dunia akan jadi selepas ni, terus terang diri takut sebenarnya. Kerisauan tetap ada, lagi-lagi berjauhan dengan keluarga di kampung. Cukup Allah menjaga dan melindungi kita dan orang-orang tersayang. Doa banyak-banyak, moga kita menjadi khalifah yang diredhai Allah di tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Selamat tinggal 2018







No comments:

Post a Comment